“Travel. Your money will return. Your time won’t.”
Kalau sebut pasal Thailand, semua orang tahu yang night market atau pasar malam dia memang sangat happening. Ada banyak benda yang boleh buat tak keruan kalau dah sampai ke night market ni. Banyangkanlah gerai makan yang sedap (Aroi Mak!), barangan lokal, band yang main muzik dan deals yang tak masuk akal. Kali ni kami akan listkan night market yang seronok untuk korang habiskan Thai bath korang tu. Jom!
1. Chatuchak Market, Bangkok
Pasar malam paling popular dekat Thailand ialah Chatuchak Night Market. Dekat sini saja ada 8000 gerai barangan buatan tempatan yang berwarna warni. Kitorang berani cakap yang korang takkan balik dengan tangan kosong punya. Di sini korang boleh beli fabrik (boleh buat baju raya nanti. Hihihi) atau glass trinket untuk kawan-kawan dan family di Malaysia.
Masa Buka: Setiap Jumaat, 9pm – 6am
Alamat: 2 Kamphaeng Phet 2 Rd, Lat Yao, Chatuchak, Bangkok 10900, Thailand
2. Phuket Walking Street, Phuket
Phuket Walking Street terletak di Bandar Lama Phuket. Setiap petang Ahad, Jalan Thalang yang biasanya sunyi dibarisi bangunan bersejarah yang cantik berubah menjadi tempat yang yang meriah dengan dengan vendor yang unik, sudut seni dan buskers. Apa je yang tak ada dekat sini, semua ada. Dari selipar linocut dan handmade ukiran sabun kepada pelbagai makanan lokal untuk dicuba.
Waktu Buka: Setiap Ahad, 4 pm – 10 pm
Alamat: Thalang Rd, Talat Yai, Muang, Phuket 83000, Thailand
3. Pasar Rot Fai atau Pasar Malam Kereta Api, Bangkok
Pasar Rot Fai yang berwarna-warni di Srinakarin– juga dikenali sebagai Pasar Kereta Api – merupakan sebuah pasar yang unik dan luas sampaikan ia dibahagi kepada beberapa zon berbeza. Di Zon Gudang, korang akan jumpa barang koleksi retro, jaket kulit, kamera sekolah lama dan kereta vintaj. Peminat barang lama confirm akan suka bila kat sini.
Waktu Buka: Setiap hari, 5 pm – 1 am
Alamat: Ratchadaphisek Road, Din Daeng, Bangkok 10400, Thailand
4. Fisherman's Village Walking Street, Koh Samui
Fisherman’s Village Walking Street adalah pasar malam yang paling popular di Koh Samui. Di sini ada banyak fabrik, trinket, barang kemas, kraftangan, alat muzik dan demo muay Thai.
Waktu Buka: Setiap Jumaat, 5 pm – 11pm
Alamat: Jalan Pantai Bophut, Koh Samui, Surat Thani 84320, Thailand
5. Khlong Thom Market atau Flashlight Market, Bangkok
Untuk pengalaman yang benar-benar unik, charge phone korang dan terus ke Pasar Khlong Thom aka Pasar Lampu Suluh.
Kenapa lampu suluh? Sebenarnya, ada certain kawasan dalam pasar malam ni yang gelap dan korang mungkin perlukan lampu suluh untuk tengok barang apa yang dijual. Unik kan? Di sini ada mainan terpakai hingga barangan vintaj. Kalau pandai “menyelam”, mungkin dapat barang yang rare.
Waktu Buka: Setiap hari 5pm – 1am
Alamat: Worachak, Samphanthawong, Pomprapsattruphai, Bangkok 10110, Thailand
Pasar malam yang kami listkan ni memang top 5 untuk kami. Tips untuk membeli, korang tawar menawar lah sampai dapat harga yang agak reasonable tapi jangan tekan sangat harga, diorang pun ada orang yang perlu disara. Be considerate. Sesiapa peminat barangan vintaj dan “kenal bare”, kami harap korang jumpa banyak barang yang rare dekat pasar malam ni. Selamat shopping korang!


