Travel Treasure

blog

DESTINASI PERLANCONGAN UNDERRATED DI ASIA TENGGARA

It’s not what you look at that matters. It’s what you see.

Asia Tenggara telah lama menjadi syurga untuk ramai pengembara kerana ia menawarkan pengalaman yang unik especially untuk backpacker. Bandar yang popular seperti Bali, Hanoi, Bangkok dan beberapa yang lain memang selalu jadi pilihan. Tapi kalini kami nak share beberapa bandar yang kami rasa sangat underated dan berbaloi untuk pergi kalau korang taknak sesak dengan ramai pelancong lain. 

1. Ninh Binh, Vietnam

Sebut pasal Vietnam je mesti orang akan teringat bandar Hanoi, Hoi An, Ho Chi Minh dan Sapa. Tetapi jangan terlepas pandang Ninh Binh, ibu kota pertama Vietnam dan kini Tapak Warisan Dunia UNESCO. Di sini ada batu kapur yang tinggi, sungai yang tenang dan tapak keagamaan bersejarah yang mistik. Ninh Binh ialah destinasi yang sempurna untuk pencinta alam semula jadi.

2. Lombok, Indonesia

Lombok adalah sebuah pulau Indonesia di sebelah timur kakaknya yang lebih popular, Bali. Korang bayangkan pantai berpasir yang putih, hutan yang menghijau dan air terjun yang sejuk tanpa kerumunan pelancong, best kan? Lombok ada lebih banyak pantai yang cantik dan korang boleh ambil bot ke pulau Gili untuk menyelam.

 

Korang boleh mendaki ke Gunung Rinjani atau main ombak di Pantai Senggigi. Kalau nak rehat-rehat je,korang boleh terus ke pantai Selong Belanak. Kalau nak rasa budaya pulau ini, kunjungi masjid Islam yang berwarna-warni dan beli-belah hasil dan kraf tempatan di pasar tradisional seperti Pasar Cakranegara.

3. Luang Prabang, Laos

Luang Prabang ialah tempat raja purba dan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di negara ini. Ia terletak di kawasan pergunungan di utara Laos, Luang Prabang menawarkan gabungan menarik antara bandar bersejarah, biara purba, sistem gua kuil purba, dan banyak denai untuk pengembaraan semula jadi dan aktiviti air. Sungai Mekong, air terjun dan kolam semula jadi membolehkan korang buat aktiviti  berperahu, berenang dan bersiar-siar, manakala denai yang melepasi perkampungan Hmong dan Khu adalah peluang untuk bertemu dengan petani padi dan penenun tekstil.

4. Rayong, Thailand

Tempat percutian ini popular di kalangan penduduk tempatan, tetapi tak terkenal sangat untuk pelancong asing. Wilayah Rayong ni memang berbaloi untuk pergi sebab ia pintu masuk ke Koh  Samet.  Koh Samet mempunyai perairan yang bersih dan pantai yang menarik. Di Rayong sendiri ada taman bakau, bandar lama, tempat keagamaan, dan makanan laut yang fresh.

 

Untuk a few days korang boleh ambil bot, 45 minit ke pantai di Koh Samet yang super lawa seperti Ao Phai dan Ao Wai. Kalau nakkan authentic Thai experience, korang boleh ke kuil Yomjinda Road, galeri seni, kafe, dan pasar Ban Phe.

5. Seberang Perai, Malaysia

Terkejut tak Malaysia pun ada dalam list kami? Hihihi. Semua orang tahu Pulau Pinang  tapi tak ramai yang terfikir untuk explore Seberang Perai.

 

Kalau nak rehat-rehat boleh try homestaydi Kampung Agong yang dikenali sebagai “Bali” Pulau Pinang. Kalau rasa nak buat aktiviti, boleh ke Hutan Lipur Bukit Mertajam untuk mendaki titik tertinggi Seberang Perai. Korang boleh singgah ambil gambar di kolam air di Bukit Katak, dan kunjungi kampung kecil Bukit Tambun untuk menikmati makanan laut yang sedap dan mural seni yang indah.

Since korang dah tau tempat-tempat underated di Asia Tenggara, korang boleh la start  plan next percutian ke tempat-tempat ni. Kadang-kadang kita bercuti nak kan ketenangan dan tak sesak dengan orang kan? Mungkin list kami dapat tolong korang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *