Travel Treasure

blog

CARA UNTUK AMBIL TRAVEL PHOTOS DENGAN PHONE

“The goal is to die with memories not dreams.”

Pernah tak korang rasa gambar yang korang ambil turn out to be tak cantik? Macam… meh. Pastu korang mula la berangan nak beli camera canggih untuk dapatkan gambar yang cantik. Bila tengok harga, mak aih, mahal beno!

 

Sebenarnya, untuk ambil gambar yang cantik ni korang perlukan skill. Kalau ada camera mahal sekalipun, tak menjamin korang punya gambar akan wow. Jadi, untuk beginner, pakai je phone camera. Walaupun dia bukanlah standard professional photographer punya gambar, tapi kalau kena caranya, akan jadi lawa. 

 

So, kalini kami nak share tips untuk beginner untuk korang dapatkan gambar-gambar yang cantik masa travel nanti.

1. Aksesori

Ada 3 benda yang kami rasa korang patut ada, tak perlu yang mahal pun, asalkan ada dah cukup.

 

  1. Lightweight tripod – Ada possibility yang korang  akan nak ambil gambar dalam group atau gambar sorang dengan view yang cantik. Kalau ada lightweight tripod akan memudahkan kerja.
  2. Waterproof case – kami rasa ni pun penting sebab kita taknak phone kita masuk air. Jenuh!
  3. Power bank – bila guna kamera ni, kadang-kadang bateri pun cepat habis. Untuk elakkan phone habis bateri, bawak je power bank.

2. Composition / Komposisi

Kalau korang pandai main dengan komposisi, korang akan nampak perbezaan dalam gambar yang korang ambil. Dekat phone korang, on kan grid. Korang hanya perlu ikut  rule-of-thirds concept. Apebenda pulak  rule-of-thirds concept ni?

 

Bila korang ambil guna, cuba letakkan subjek di pertembungan garisan di satu pertiga grid. Hasilnya korang akan dapat gambar yang lebih appealing dan sedap mata memandang.

3. Jangan Zoom!

Kadang-kadang tak boleh tahan kan, mesti nak zoom jugak. Korang kena tau yang, makin korang zoom, kualiti gambar korang akan makin berkurangan. Instead of zoom, korang gerak lah dekat sikit dengan subjek.

4. Guna Burst Mode

Burst  mode akan ambil 10 foto dalam 1 saat. Mode ni sangat  sesuai kalau korang nak tangkap movement seperti hidupan liar atau pun aktiviti-aktiviti lain seperti skiing.

5. Include Orang Lain Dalam Gambar

Masa kita travel, of course lah kita akan ambil gambar diri sendiri, permandangan dan makanan dengan banyaknya, tapi sekali sekala boleh masukkan orang lokal di dalam gambar tu. Nanti bila korang tengok balik gambar-gambar tu, korang akan rasa satu feeling yang special dan dekat di hati.

6. Try Video

Ramai antara kita yang tak confident kalau kena ambil video. Either korang rasa korang tak cukup cantik untuk divideokan atau korang takut video yang korang ambil nanti dikategorikan sebagai “ntah hape-hape”. 

 

Pedulikkan semua tu. Korang play around dengan video mode dalam phone korang. Kalau taknak ambil gambar sendiri, boleh shoot permandangan. Banyak orang akan guna slow-mo. Cantik tau kalau pandai letakkan slow-mo tu pada video korang.

7. Jangan Overthink

Last  tip ialah jangan overthink. Kadang-kadang korang punya overthinking gambar tak lawa la, tak jadi la, apa la, akan menyebabkan korang dah hilang precious moment. So, snap je. Nanti-nanti boleh pilih mana yang lawa.

Untuk beginner, cukup lah 7 tips ni dulu. Kalau korang boleh ikut, insyaAllah korang akan nampak improvement dekat gambar-gambar yang korang ambil. Apa-apa pun enjoy dan have fun. Gambar korang senyum akan jadi gambar  paling cantik nanti. Serius!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *