“Remember that happiness is a way of travel, not a destination.”
Ada yang nak pegi Singapore ke tu?Singapore mungkin salah satu bandar terkecil di dunia, tetapi ada banyak tarikan utama dan tempat menarik untuk dikunjungi. Jom kami share tempat yang korang boleh explore bila travel ke negara jiran ni.
1. The Madame Tussauds
Wax museum ni memang terkenal di seleruh dunia dan korang tak payah lagi nak pergi jauh-jauh. Di Singapore pun ada. Boleh la korang bergambar, gesel-gesel bahu dengan A-lister seperti Johnny Depp, Jackie Chan dan Angelina Jolie. Kami ambil masa dalam 3-4 jam dalam museum ni. Jadi bayangkan lah macam-macam benda korang boleh tengok.
2. Skyline Luge Sentosa
Korang boleh naik kart yang dinamakan Luge. Korang akan lalu jalan yang berpusing dan cerun. Agak adventurous tapi seronok! Ada 1 tips, kalau korang nak tengok trek tu diterangi lampu neon, make sure korang datang waktu malam.
Selain tu ada juga boleh menaiki Skyride (lift chair) ke puncak dan turun ke bawah dengan Luge. Semua aktiviti ni walking distance je dari Madame Tussauds.
3. Berbasikal Di Coney Island
Pulau Coney terletak di Punggol, berhampiran Punggol Waterway Park. Di sini memang banyak hidupan liar, bunga liar dan pantai yang sangat cantik. Kami recommend korang untuk datang awal pagi supaya takde lah rasa bahang matahari.
4. Street Arts Di Haji Lane
Singapore ni memang strict sikit kalau pasal street art. Tapi di Haji Lane, korang akan jumpa street art yang unik dan colorful. Kawasan ni ada banyak bar, cafe dan restoran. Jadi kalau nak merasa night life yang happening, boleh la lepak di sini.
5. Gardens By The Bay
Taman ni memang ikonik di Singapore. Semua orang pun mesti akan datangsini setiap kali ke Singapore. Taman ni dikelilingi oleh flora eksotik
Selain outdoor, taman ni ada versi indoor iaitu Flower Dome, Cloud Forest dan Floral Fantasy yang mempamerkan bunga dari pelbagai negara. Yang paling popular di sini ialah pokok gergasi. View dekat sini sangat lah panoramic. WAJIB datang.
6. River Safari
River Safari adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti keluarga. Dah nama pun River Safari kan, jadi taman ni berkonsepkan sungai. Korang boleh naik bot atau jalan kaki untuk tengok semua haiwan yang ada, lebih kurang 5000 haiwan! Kalau nak jimat, korang boleh beli multiple ticket sebab berdekatan dengan River Safari ni ada Zoo Singapore dan Jurong Bird Park. Boleh la jimat sikit dengan multiple ticket tu.
Banyak kan tempat-tempat menarik lain di Singapore. Bukan lah asyik-asyik ke USS je kan? Korang boleh ke tempat-tempat yang kami recommend di atas ni kalau nak kan sedikit kelainan. Teruskan travel dan explore the world walaupun tempat yang kita pergi hanyalah negara jiran.
Kita jumpa lagi di post yang lain minggu depan. Bye!


