“Taking an image, freezing a moment, reveals how rich reality truly is.”
Semasa travel, seringkali yang mengecewakan kita adalah apabila kita tidak berjaya menangkap gambar yang best, bukan? Mari kami bagi tips untuk macam mana kita nak jadikan trip kita lebih bermakna dengan gambar-gambar travel yang menarik. Takdelah nanti kita balik ke Malaysia dengan wajah yang muram je hehe.
1) Research Destinasi yang nak Dituju

Sebenarnya sangat penting untuk kita buat research tentang destinasi yang nak dituju. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa kita nanti, malah ianya juga dapat memberikan kita gambaran tepat tentang situasi lokasi yang bakal kita tuju.
Nak research apa? Ha, apapun yang menjadi persoalan kepada kita, semuanya kita harus cari jawapan, contohnya asal usul tempat, pantang larang mereka dan sebagainya. Contohnya, di sesetengah tempat di Burma mereka sangat menghormati rumah ibadat mereka sebagai tempat suci dan melarang pengunjung bergambar di sana.
Jadi kita kena ambil tahu perkara ini secara serius agar dapat mengelakkan kita dari terjadinya sesuatu yang tidak diingini. Takdelah nanti masa kita sedang bergambar tiba-tiba ada orang halau kita kan, hehe.
“Let’s find some beautiful place to get lost”
2) Mencari Inspirasi & Ilham

Kalau anda nak tahu, instagram, pinterest, flickr, shutterstock adalah salah satu medium platform untuk kita guna sebagai panduan dalam bidang fotografi. Ini dapat membantu anda untuk mendapatkan inspirasi kelak.
Anda boleh mengambil contoh tempat-tempat terkenal yang instagrammer ni telah pergi. Selalunya mereka akan pergi ke spot bergambar yang cantik dan unik. Jadi kat sini, dah jimat masa anda kerana boleh terus shot je nanti. Tak rugi anda belek-belek beberapa pages di instagram tu untuk membantu anda plan tempat mana yang patut anda pergi nanti.
Tapi pastikan keselamatan korang terjamin ya. Jangan kerana nak bergambar epik di tepi tebing yang tinggi, nyawa korang menjadi taruhan. Jadi dalam memilih spot bergambar, unsur keselamatan jangan dilupakan. Safety comes first! 🙂
3) Travel Light

“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta
Ramai orang mendapat ilham mengambil gambar semasa travel daripada unsur alam seperti di gunung-ganang, air terjun, tasik dan sebagainya.
Justeru itu, anda perlulah memastikan bahawa barangan yang dibawa bersama anda itu tidak membebankan anda. Lebih baik anda memilih bagasi dan beg galas yang sesuai dengan trip anda agar memudahkan perjalanan nanti.
Sebagai contoh, jika trip anda hanya 2 hari 1 malam dan lokasinya di kawasan pergunungan, maka lebih baik anda bawa beg galas yang khusus untuk mendaki.
Selain itu, bawa sesuatu yang diperlukan sahaja seperti sebuah kamera, memory card, sebuah mini tripod yang ringan dan sebuah beg kamera kalis air yang mampu melindungi kamera anda daripada cuaca panas dan sejuk yang melampau.
4) Sediakan Kamera Dengan Baik
Seperti yang kita tahu, kamera sangat penting semasa travel kerana inilah yang menjadi medium untuk merekod segalanya tentang perjalanan trip itu nanti.
Jadi anda kena sediakan kamera tak kisahlah DSLR, compact camera, ataupun kamera dari telefon pintar.

Anda juga perlu pastikan bahawa lenses yang dipilih itu adalah tepat dan settingnya telah disesuaikan sebaiknya.
5) Servis Kamera Seawal Mungkin

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda check dulu kamera anda sama ada ianya masih berfungsi dengan baik ataupun tidak.
Pernah terjadi kepada saya dulu, kamera saya tidak berfungsi dengan baik dan perlu dihantar servis. Malangnya saya cuma menyedari hal tersebut apabila telah sampai ke destinasi. Dalam keadaan yang panik, saya merasa menyesal bahawa tidak check kamera saya sebaiknya sebelum trip. Nasib baik ketika itu, saya mempunyai back up kamera lain untuk mengambil gambar hehe.
Justeru, saya ingin menasihati anda untuk lebih berhati-hati dan tidak memandang enteng tentang isu ini. Sila hantar kamera anda ke pusat servis kamera beberapa hari sebelum trip ya! Maklumlah mereka juga perlukan waktu untuk melakukan servis membaiki kamera itu, ada kalanya mencapai sebulan lamanya.
“I always wonder why birds choose to stay in the same place when they can fly anywhere on earth, then I ask myself the same question.”
Diharap semua tips ini dapat membantu anda merancang perjalanan dengan baik nanti. Selamat pergi dan pulang ya!
Semoga kita berselisih di jalanan