Travel Treasure

blog

Passport Hilang Sewaktu Travel di Luar Negara? Ikuti 4 langkah ini.

”Bila berada di luar negara, kita harus jaga passport kita ni ibarat nyawa kita sendiri.

Apa tidaknya, kalau hilang, ianya amat menyusahkan apalagi melibatkan urusan dua negara”

Apa hal yang paling membimbangkan sekali kalau pergi bercuti ke luar negara? Semestinya hilang passport kan! Bila berada di luar negara, kita harus jaga passport kita ni ibarat nyawa kita sendiri. Apa tidaknya, kalau hilang, ianya amat menyusahkan apalagi melibatkan urusan dua negara. Apapun kami ingin beritahu 4 langkah yang perlu korang ambil jika passport korang hilang di luar negara.

1) Buat Laporan di Balai Polis Berhampiran

Pertama sekali, jangan panik dan terus cari balai polis berdekatan anda untuk buat laporan. Sebab apa? Sebab di Malaysia nanti, semasa anda ingin membuat passport yang baru, mereka inginkan laporan polis.

 

 Selain itu, syarikat insurans juga memerlukannya semasa anda membuat tuntutan insuran kepada mereka nanti.

2) Mempunyai Simpanan Wang Kecemasan

Kedua, anda mesti ada wang simpanan kecemasan untuk survive sekiranya kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan passport ini terjadi. Hal ini kerana kalau nasib tak baik, mungkin duit anda pun hilang sekali.

 

 Ini akan menyukarkan pergerakan anda untuk bayar tambang teksi, ke kedutaan dan sebagainya. Jadi, anda harus bahagikan wang yang dibawa contohnya memberikan isteri pegang separuh dan selebihnya anda yang pegang.

3) Pergi ke Kedutaan Malaysia yang berhampiran

Selepas membuat laporan polis, anda disarankan pergi ke kedutaan Malaysia yang terdekat. Jadi seeloknya, anda perlu dapatkan dahulu alamat dan nombor telefon kedutaan Malaysia di negara yang anda ingin lawati sebelum pergi ke sana.

 

Alamat dan nombor telefon kedutaan boleh didapati di website Kementerian Luar Negeri di kln.gov.my.

4) Mohon Sijil Passport Sementara

Bagi rakyat Malaysia, kedutaan Malaysia akan mengeluarkan sijil passport sementara jika ianya hilang ketika di luar negara.

 

Sijil ini hanya sah untuk anda pulang ke Malaysia (1 hala sahaja) dan anda perlu mohon passport baru bila kembali ke Malaysia. Apa yang anda perlu ada untuk memohon sijil passport sementara ini ialah:

 

  1. Salinan laporan polis
  2. Dokumen yang membuktikan anda ialah rakyat Malaysia
  3. Borang permohonan (akan di beri oleh kedutan)

Sebagai persediaan, lebih elok scan dulu passport, kad pengenalan dan dokumen-dokumen penting lain sebelum pergi ke luar negara dan kemudian emailkan ke diri sendiri.

Itu semua adalah sedikit sebanyak perkongsian dari kami. Diharap ianya dapat membantu anda sekiranya terlibat dengan kehilangan passport semasa bercuti di luar negara. 
Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *