5 Tips Keselamatan Bagi Pengembara Wanita Semasa Bercuti di Luar Negara

5 Tips Keselamatan Bagi Pengembara Wanita Semasa Bercuti di Luar Negara

The road ahead may be long and winding but you’ll make it there safe and sound.

Ramai orang yang ingin travel tapi mulai rasa ragu-ragu dan takut kerana risaukan keselamatan mereka semasa berada di luar negara terutamanya bagi pengembara wanita. Disebabkan ini, ada ramai yang sanggup menangguhkan trip mereka. Oleh itu, kali ini kami ingin memberitahu beberapa tips yang perlu anda ikut supaya anda tidak lagi ragu untuk meneruskan perjalanan anda ke negara yang anda pilih. Apapun, ini sekadar cadangan sahaja, anda juga boleh menambah lagi unsur keselamatan dengan mengambil kira banyak lagi tips di luar sana ya! Diharap ini dapat membantu anda!

1) Research Tempat yang Ingin Dituju Sebaiknya Sebelum Berangkat

Bagi sesetengah travelers, merancang dan membuat research amat menyeronokkan. Namun sekiranya anda sering mencari info tentang tempat mana yang paling cantik untuk dilawati di sesebuah negara, maka lebih baik juga jika anda turut mencari info tentang ciri keselamatan di tempat tersebut.

Caranya anda harus tahu di kawasan mana yang selamat untuk dilawati , seperti di kawasan kejiranan mana yang mempunyai sistem sekuriti yang tinggi, atau teksi yang mana yang lebih selamat untuk anda naik sebagai seorang traveler. Anda juga perlu fikirkan di tempat anda ingin pergi tersebut, adakah disediakan kemudahan awam seperti balai polis dan hospital. 

Tidak cukup dengan itu, anda juga perlu tahu bahawa apakah cara paling senang untuk anda ronda kawasan tersebut nanti. Misalnya, ada tak kenderaan awam di sana seperti keretapi, bas, teksi atau perlu ke anda menyewa kenderaan di sana? 

Setelah mengambil kira semua ini, anda boleh menentukan adakah selamat untuk anda travel dimalam hari di tempat tersebut. Sekiranya tempat itu tidak mempunyai kenderaan awam pada malam hari, maka lebih baik anda tidak plan aktiviti di malam hari di tempat tersebut demi keselamatan sendiri. 

2) Letak Barang Berharga di dalam Sebuah Beg Khas

Sebaiknya, anda perlu meletakkan semua barang berharga di dalam sebuah beg khas seperti beg selempang atau beg galas bersaiz sederhana. Barang-barang berharga seperti passport, kamera, ubat-ubatan, kad kredit, telefon bimbit dan sebagainya perlu dimuatkan bersama.

Lebih baik, jika anda memang seorang ‘kaki travel’, anda laburkan sedikit duit untuk membeli beg yang berkualiti tinggi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti tebal dan zip yang kukuh. Sepanjang jalan, anda perlu sentiasa berhati-hati dengan beg anda dan kalau boleh jika berada di khayalak ramai, letakkan beg anda di bahagian depan badan. Ini dapat mengelakkan peragut dari menoreh atau menarik beg anda. 

Selain itu, janganlah anda letakkan barang-barang berharga yang disebut diatas tadi di dalam bagasi. Ini kerana anda sukar untuk memastikan keselamatan bagasi tersebut semasa anda menaiki kapal terbang atau bas. Peluang untuk barang berharga anda hilang sangat tinggi kerana anda tidak selalunya berada bersama bagasi anda. Jadi mencegah perkara yang tidak baik itu ada lebih baik. 

3) JanganCepat Mempercayai Kenalan yang Baru 

jika ingin ke tandas, simpan barang berharga di loker hostel bukannya minta orang lain jagakan barang anda, biarpun untuk seketika.

Semasa travel, biasanya kita akan sering berjumpa dengan ramai kenalan baru tak kira muda atau tua, di airport atau di hostel.Pastinya sesiapapun akan berasa teruja kerana mendapat kenalan baru.

Namun, anda perlu berhati-hati di luar negara kerana tidak semua orang boleh dipercayai bulat-bulat. Bahkan ada yang sengaja mengambil kesempatan terhadap pelancong asing seperti anda ketika di luar negara. Perkara ini diakui sendiri oleh majoriti mangsa yang terkena dengan mereka yang dianggap ‘kawan’ ini atau lebih tepat dipanggil scammer.

Untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi kepada anda, sebaiknya anda elakkan dari meminta ‘kawan’ yang baru dikenali ini untuk menjaga barang-barang peribadi anda. Contohnya, jika ingin ke tandas, simpan barang berharga di loker hostel bukannya minta orang lain jagakan barang anda, biarpun untuk seketika. Lebih baik kita berusaha mengelak dari perkara  yang tak diingini berlaku, ye kan?

4) Blend In dengan Cara Masyarakat Setempat

Selalunya, orang yang sering jadi target mudah bagi scammer dan sebagainya ialah pelancong asing. Jadi, jika anda nak elakkan jadi target mudah mereka, lebih baik anda perhatikan budaya orang tempatan berfesyen.

Bagi kita yang bertudung dan menutup aurat, semestinya sukar untuk berbuat demikian terutamanya ketika melancong ke negara barat, namun kita masih boleh memilih pakaian yang berwarna tidak terang. Kenapa saya menegaskan warna tidak terang? Ini kerana untuk mengelak anda menjadi sasaran mudah. Lebih baik pilih warna pastel atau gelap bukannya merah atau kuning yang sangat terang.

Jika boleh elakkan diri dari jadi perhatian utama ketika berada di tempat awam. Sekurang-kurangnya, kita berusaha untuk merendahkan risiko berbahaya kita semasa berkunjung ke luar negara.

5) Dapatkan Perkhidmatan Travel Insurance

Adakah kita betul-betul perlukan travel insurance? Sudah tentu! Travel insurance dapat menyelamatkan dan meringankan beban kita jika ditimpa sebarang musibah, dan dengan internet dihujung jari, sangat mudah untuk kita mendapatkan perkhidmatan travel insurans ini.

Kita juga boleh pilih pakej mana yang kita mahu sesuai dengan kemampuan kita. Bayangkan jika anda tidak mengambil sebarang perlindungan insurans, jika terjadi sesuatu masalah di luar negara nanti contohnya *minta dijauhkan ya , seperti kemalangan yang membuatkan anda perlu dirawat di hospital.

Tentunya hal ini akan membebankan anda kelak kerana kita sedia maklum bahawa harga rawatan di hospital luar negara bagi pelancong asing amat mahal. Mampukah anda membayar harga yang berlipat kali ganda itu? Jadi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. 🙂

Semoga dengan langkah-langkah diatas dapat membantu kita merancang trip kita dengan lebih baik lagi sekaligus dapat melindungi kita dari sebarang perkara yang tidak diingini. InsyaAllah 🙂

Sediakan payung sebelum hujan

TAGS : INSERT KEYWORD HERE, INSERT KEYWORD HERE, INSERT KEYWORD HERE

Love this article ?
5/5
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *