Travel Treasure

blog

12 Destinasi Terbaik di Pulau Bintan, Kepulauan Riau.

Apabila kita mendengar perkataan Indonesia, pasti kita akan membayangkan tempat-tempat percutian popular  seperti Bali, Bandung, Jogjakarta, Lombok dan sebagainya. Tapi tahukah anda bahawa Indonesia itu ialah negara yang sangat luas dan terdapat banyak lagi destinasi pelancongan yang cantik namun belum diketahui ramai antaranya ialah di Pulau Bintan yang terletak di Kepulauan Riau.

 

Lepasni Yati akan bagitahu kenapa anda perlu melancong ke sini! Diharap entry ini akan membuatkan anda lebih kenal tentang pulau yang indah ini.

1. Pantai Trikora
Pantai yang membiru, pasir yang memutih pastinya akan membuatkan percutian anda menjadi lebih bermakna.

Pantai Trikora ni terletak di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia. Terkenal dengan kecantikan pasirnya yang putih dan dipenuhi batu-batuan yang bersusun  di kawasan persisiran pantai.
Dek kerana pantainya yang panjang, Trikora dikategorikan kepada 4 bahagian, Trikora 1,2,3,dan 4. Di sepanjang jalan, terdapat susunan kampung-kampung nelayan dan juga deretan resort di tepi laut yang semestinya membuat pengunjung merasa teruja. 

Rakamkan memori bersama si manja anda di sini. Tentunya akan menjadi moment yang terindah untuk dibawa pulang.

Aktiviti yang boleh anda dilakukan di sepanjang pantai yang luas ini ialah beriadah bersama keluarga, berenang, termasuklah banana boat dan snorkeling sekiranya anda inginkan melakukan aktiviti water sport. Best kankalau kita dapat duduk santai di tepi pantai bersama ahli keluarga, pastinya ianya akan menjadi memori manis yang tak dapat dilupakan. 🙂 

2. Lagoi Bay
Terdapat banyak spot instagrammer di sini yang pastinya tak buat kita menang tangan.

Dengan keluasan sebesar 1,300 hektar, Lagoi Bay digelar sebagai ‘heart of Bintan. Seluruh kawasan ini dijaga rapi dengan pengawasan ketat agar keselamatan pengunjung terjamin. Sekiranya anda berkunjung ke sini, bolehlah datang ke Plaza Lagoi, pantai Lagoi, tasik dan Rumah Imaji. Selain itu, anda juga boleh mencuba makanan tempatan seperti daging rendang, pisang keju, dan juga boleh mencuba makanan laut yang tersedia. 

Memulakan hari dengan ditemani oleh hembusan bayu yang lembut.
3. Treasure Bay

Treasure bay ialah kolam air buatan yang  terbesar di Asia. Ia mempunyai pelbagai aktiviti rekreasi dan juga aktiviti santai untuk pelbagai jenis umur. Bagi mereka yang sukakan kecantikan alam semulajadi boleh menaiki ATV melalui trail yang disediakan, kayak, paddle-board ataupun menaiki bot menyusuri hutan paya bakau. Wah, best kan? 🙂

4. Danau Biru Bintan

Siapa sangka, tempat tinggalan lombong galian pasir bauksit ini boleh berubah menjadi telaga biru yang cantik. Apalagi dikelilingi dengan pemandangan pasir yang luas membuatkan kita seolah-olah berada di gurun pasir.

Indahnya pemandangan danau biru ni..

Bermula sebagai tempat tadahan hujan, akhirnya ia berubah sepenuhnya menjadi telaga biru yang kini didatangi pelancong dari dalam dan luar negara. Saya sendiri saat pertama kali sampai ke sini, kagum dengan keindahan semulajadi tempat ni. Bayangkan, berapa jam kami di sini sambil cerita santai dan merakam gambar sebagai memori.

5. Gurun Pasir Bintan
Seakan sesat di gurun sahara.

Kalau anda teringin untuk ke gurun sahara tapi masih belum mempunyai bajet yang cukup maka bolehlah singgah ke sini hehe. Tempat ni sangat menarik kerana kedudukan pasirnya yang membuatkan kita seolah-olah memang berada di gurun pasir. Ramai pengunjung memanfaatkan pemandangan di tempat ni untuk bergambar sepuasnya. Meskipun tempat ini agak panas tapi anda tak perlu risau kerana terdapat banyak gerai minuman termasuklah gerai air kelapa muda. Umm, sedapnya minum air kelapa masa cuaca panas kan? 🙂 

6. Pulau Penyengat.
Gadis Jepun kelihatan manis sekali mengenakan sunting dan busana Melayu tradisional yang berwarna kuning.

Tak kenal maka tak cinta.

Pada 15 September yg lalu, Pulau Penyengat yang terletak di Kepulauan Riau ni dinobatkan sebagai Pulau Perdamaian Dunia oleh World Peace Community bertempat di Balai Adat Melayu. Kalau berkunjung ke sini, antara tempat yg wajib dikunjungi ialah Balai Adat Melayu di mana kita boleh mencuba pakai pakaian adat melayu dengan harga Rp 25,000. Sambil tu, kita akan dihiburkan dengan alunan gesekan halus biola oleh orang tempatan..Kalau nak request lagu, boleh.. Sambil melihat view laut yg betul2 berada bertentangan dengan Balai Alat. Biasanya saya pilih untuk berhenti berehat disini sebelum meneruskan perjalanan di pulau bersejarah ni..Apalagi dengan cuaca panas sekarang. .

7. White Sands Island
Duduk santai sambil berbual-bual di tepi laut yang berwarna biru turquise.

Pulau yang indah ini terletak di bahagian timur Pantai Trikora, dan untuk sampai ke sini kita harus menaiki bot laju selama lebih kurang 15 minit sahaja. Kalau anda gemarkan suasana privasi, maka datanglah ke sini kerana pulau ini ialah sebuah private island. 

Bagi yang sukakan aktiviti sukan air, boleh menyewa kayak ini keliling air laut yang tenang. Best!

Di sini, anda boleh buat aktiviti seperti bermain bola tampar, layang-layang, berkayak dan bermacam lagi. Ha amacam, best tak?

8. Vihara Patung Seribu
Nama vihara ini diberikan semperna jumlah seribu patung yang ada di sini.

Jika selama ni orang mengenal Pulau Bintan dengan deretan pantai eksotik yang cantik, kini anda boleh beralih arah dengan satu lagi destinasi pelancongan yang menarik iaitu Patung Seribu. Vihara yang diberikan nama sebagai Ksitigarbha Bodhisattva ini telah berjaya menarik minat pelancong  dari dalam dan luar negara termasuklah negara jiran mereka iaitu Malaysia dan Singapura.

 

Di sini anda boleh bersiar-siar melihat kawasan sekeliling bermula seawal jam 9 pagi hinggalah ke 6 petang. Ha, menarik tak? Bolehlah lepasni korang yang masih  tak tahu cuti-cuti tu nak ke mana, datang ke sini ya!:)

9. Desa Wisata Ekang
Kecantikan alam semulajadi di sini tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.

Desa Wisata Ekang ini terletak 45 km dari bandar Tanjung Pinang. Ia terletak di sebuah tasik dan dikelilingi oleh beberapa pondok yang beralaskan atap rumbia untuk berteduh. Sekiranya anda datang ke sini, pasti akan teruja dengan kecantikan alam semulajadi tempat ini. 

Berehat sejenak selepas habis tour kawasan sekeliling hehe.

Tenang kan tempat ni? Antara sebab saya suka tempat ni ialah kerana berada di sini membuatkan kita terasa privacy, dan buat kita rasa tenang je. Walaupun cuaca panas masa ni, tapi angin lembut sepoi sepoi bahasa buat kami rasa nak duduk lama kat sini. 🙂

10. Pemancingan Poyotomo

Jika anda berkunjung ke Pulau Bintan, jangan lupa ya untuk singgah sebentar ke tempat yang indah ini. Berlatarkan Gunung Bintan,tempat pelancongan yang diberikan nama sebagai Pemancingan Poyotomo ini terletak di Desa Poyotomo. Di sini disediakan fasiliti memancing yang boleh disewa dengan harga sekitar Rp. 30,000. Apa yang menariknya ialah sekiranya anda berjaya menangkap ikan, maka anda boleh meminjam peralatan untuk membakar ikan tersebut dan jika anda ingin membawa pulang hasil tangkapan tersebut, maka anda akan dikenakan bayaran mengikut jenis ikan tersebut. Ha, menarik bukan> Apalagi, jomlah ke sini! Hehe

11.De Bintan Villa Garden

Taman yang bersaiz sederhana ini terletak di De Bintan Villa yang mempunyai fasiliti seperti kayak dan juga bot kayuh. Berlatar belakangkan sebuah kincir angin ternyata cukup menjadikan ia sebagai salah satu  tempat tarikan pelancong di Pulau Bintan ini. Kalau Yati datang ke sini, biasanya cuma untuk duduk sejenak sambil membaca buku atau jalan keliling tasik. Walaupun sebentar, tapi sudah cukup puaskan hati hehe. 

12.  Mangrove Wisata Panglima Bulang
Laluan pejalan kaki yang dikelilingi pepohon bakau yang menghijau.

Suasana nyaman dan sejuk dengan dikelilingi hutan paya bakau yang menenangkan pastinya akan membuatkan kita melupakan sejenak segala masalah. Berkunjunglah di sini sekiranya anda suka dengan kedamaian alam. Di penghujung jalan ini nanti terdapat sebuah kedai makan yang boleh anda singgah untuk melepaskan dahaga. Harga makanan dan minuman yang terjual di sini semuanya berpatutan. Selain itu juga, di sini turut disediakan surau kecil buat anda yang ingin menunaikan solat dengan selesa. Meskipun tempat pelancongan ini tidak terkenal seperti yang lain, namun kunjungan saya ke sini mendapati bahawa tempat ini wajib anda singgah kerana di sinilah penduduk tempatan ‘lepak’ minum.

 

Bagaimana? Best kan Pulau Bintan ni. Tempat cantik, orangnya ramah, makanan sedap. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *