TAKUT NAIK FLIGHT? TIPS ATASI PERASAAN TAKUT

TAKUT NAIK FLIGHT? TIPS ATASI PERASAAN TAKUT

Mengikut kajian statistik biro transport, pesawat adalah transport yang mencatat paling rendah kadar kemalangan berbanding kereta, motor, bas dan lain-lain. Yeap! tetapi masih ramai yang takut naik flight, kita panggil Aerophobia. Mari kita kupas bagaimana nak atasi.

antara masalah yang dihadapi kebanyakkan orang

1) Ketahui bagaimana pesawat beroperasi

Salah satu sebab utama orang ramai takut untuk naik flight adalah mereka kekurangan pengetahuan mengenai bagaimana pesawat dapat bertahan di langit. Seperti kapal selam di laut dan kereta di atas jalan raya, pesawat direka untuk berada di udara. Juruterbang British Airways, Kapten Steve Allright menjelaskan, “terangkatnya pesawat itu adalah dihasilkan oleh sayap yang bergerak melalui udara, yang mana ianya merupakan bahagian fizik yang sempurna.” Pesawat yang terbang pada 30,000 kaki boleh meluncur sejauh 100 batu, walaupun semua enjin gagal berfungsi.

2) Jangan tergesa-gesa ke airport

Berikan banyak masa untuk diri anda ke airport sebelum penerbangan anda dijadualkan untuk berangkat. Berkejar-kejar ke pintu masuk dan risau tentang pesawat anda terlepas hanya menambahkan lagi rasa gementar anda untuk berada di atas langit biru.

3) Percaya pilots anda

Ia sukar untuk faham bagaimana orang lain boleh menikmati penerbangan apabila rasa gementar tu menyelubung diri. Usah risau, Pilots really do undergo proses pemilihan yang ketat serta program latihan selama 2 tahun untuk layak menerbangkan kapal terbang. Ia adalah profesyen yang paling dikawal selia di dunia. Juruterbang diuji dan dilatih semula setiap enam bulan sepanjang keseluruhan kerjaya mereka.

4) Memahami turbulence

Ia mungkin tidak selesa tetapi ia tidak semestinya berbahaya. Mengikut pakar Aero “Semua turbulence disebabkan oleh alam semula jadi dan sangat selamat kerana pesawat itu dibina untuk bertahan walaupun turbulence yang paling teruk. Jika anda mempunyai tali pinggang keledar anda, anda sentiasa selamat.”

5) Kawal pemikiran negatif

Related image

Sangat mudah untuk berasa takut tu when you think about flying, sama ada sayap bermasalah atau kerosakan enjin. Tetapi apa pun yang anda fikirkan negatif, sentiasalah imagine happy ending di mana anda turun pesawat dengan selamat. Mentaliti positif ini akan membantu mengurangkan kebimbangan dan membuat anda tenang dalam penerbangan (:

6) Tumpu pada pernafasan anda

Ianya mustahil untuk panik apabila anda dapat mengawal pernafasan anda. Sekiranya anda berasa diri anda cemas, walaupun sebelum anda berlepas, tarik nafas selama 4 saat dan hembusnya selama 4 saat juga. Menggabungkan ini dengan pengecutan otot (muscle contraction) – menggenggam punggung anda semasa penghembusan adalah paling berkesan – so it overpowers the nervous signals yang mengalir ke atas dan bawah saraf tunjang anda, yang akan membantu anda untuk lebih tenang. Ini mungkin kedengeran pelik, tapi ianya benar-benar berkesan.

7) Cuba senaman yang mengganggu fikiran anda

Teknik lain untuk dicuba adalah termasuk aktiviti mengalihkan fikiran anda daripada perasaan takut. Memakai tali getah di sekeliling pergelangan tangan anda dan melemparkannya semasa dalam ketakutan, akan membuatkan anda kembali kepada realiti dan boleh berfungsi as reminder to stop overthinking. Alternatif lain, cuba dengan kuatnya menekan kulit anda di antara ibu jari dan jari telunjuk. Titik tekanan ini menghubungkan rasa kebimbangan and can help you to remain calm.

8) Bercakap dengan kru kabin

Kru kabin ada bersama anda untuk memastikan anda selamat dan berasa tenang. Beritahu mereka yang anda adalah seorang yang nervous apabila menaiki pesawat dan jangan takut untuk bertanya jika anda bimbang tentang apa-apa yang berlaku. Penting juga untuk anda ingat, walaupun ada bunyi atau perlanggaran, ianya tidak ada apa-apa berlaku melainkan anda diberitahu sebaliknya.

9) Ketahui cara untuk menangani sesak nafas

Semua orang sedikit sebanyak mengalami sesak nafas, tapi bagaimana anda deal dengannya untuk berasa selesa dalam penerbangan. Gunakan teknik gangguan (no. 7) dan pernafasan untuk menenangkan saraf, berjalan di sekitar pesawat untuk meregangkan kaki anda, and always plan how you will pass the journey. Pastikan setiap jam penerbangan anda diisikan dengan sesuatu yang membuatkan anda rasa selesa berada di langit biru – jangan naik pesawat tanpa melakukan apa-apa.

10) Tune In

Pastikan telefon atau tablet anda dipenuhi dengan muzik yang menenangkan untuk membantu anda berada dalam mode yang aman. Anda juga boleh memuat turun stress-busting meditation sessions from an app seperti Headspace (iOS | Android) atau Simple Habit (iOS | Android) supaya anda boleh mendengarnya apabila telefon anda dalam mod pesawat. Bagi anda yang Muslim, mendengar alunan zikir dan al-Quran adalah terapi yang terbaik untuk ketenangan diri (:

11) Membaca Atau Menonton Sesuatu Yang Fun

Bekalkan majalah atau buku yang fun untuk dibaca boleh alihkan fikiran anda tentang apa yang berlaku di atas pesawat. Pesan in-flight entertainment dalam penerbangan pesawat anda, ataupun siap-siap download beberapa fail movie comedy kegemaran ke laptop/tablet anda sebelum penerbangan.

12) Elakkan kafein

Kafein dan bahan perangsang lain seperi teh, coklat, soft drinks, energy drinks etc. boleh membuatkan anda lebih nervous. So it’s better to keep them away from you while you’re on the plane.

***

Dengan cara ini, mungkin perasaan takut anda itu berasa kurang atau tidak rasa langsung apabila anda berada dalam pesawat. Barulah boleh enjoy sepuas-puasnya untuk bercuti hehe.

Hope these helps!

 

 

 

 

 

2 comments

  1. backpacker travel
    9 months ago

    Hi there, I discovered your blog by the use of Google while searching for a related subject, your website came up,
    it seems great. I have bookmarked it in my google bookmarks.

    Hi there, simply was aware of your blog through Google, and found that
    it is truly informative. I’m going to be careful for brussels.
    I’ll appreciate in the event you continue this in future.
    A lot of other folks can be benefited out of your writing.
    Cheers!

    • Ms. Madie
      9 months ago

      Thank you Backpacker Travel for your constructive comments! and thanks for the time to read our published article. Have a nice day!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *