Travel Treasure

blog

9 RESTORAN MUSLIM-FRIENDLY (HALAL) DI JEJU

Saban tahun, semakin ramai pelancong dari Malaysia yang melawat ke Pulau Jeju.  Apalagi dengan adanya direct flight ke Jeju dari Kuala Lumpur yang dibuka oleh syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia sejak Disember 2017. Bila kita dah decide untuk travel ke negara bukan Muslim ni, mesti perkara pertama yang paling merisaukan kita adalah tentang makanan halal. Bila bercakap tentang isu makanan halal di Jeju, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira antaranya restoran atau tempat makan halal mana yang boleh kita pergi nanti?

 

Kali ni, saya nak kupas tentang tempat makan mana yang boleh kita pergi di Pulau Jeju nanti. Bagi yang masih keliru sama ada nak makan di mana, atau rasa risau dengan isu makanan halal ni, maka entry ni memang untuk anda.

1. Daewonga

Bagi yang belum tahu, sebenarnya Jeju ni terkenal dengan makanan laut. Jadi kalau korang datang ke sini, memang disarankan untuk mencuba mereka punya specialty, iaitu seafood. Daewonga ni ialah antara restoran Muslim-friendly yang terkenal di kalangan Muslim traveller. Di sini, kita boleh cuba menu seafood steamboat untuk makan beramai-ramai, manalah tau rasa penat dan lapar selepas hiking di gunung Hallasan hilang hehe.

 

Lokasi: 15, Donam-ro16-Gil, Jeju, Jeju Island 63219, South Korea.

2. Indian Kitchen

Tak semua orang suka makan makanan laut kan, apalagi jika anda ada allergic atau alahan ataupun nak cuba sesuatu yang lain macam nasi biryani, bolehlah singgah di Indian Kitchen ni. Di sini, disediakan menu masakan India dan Nepal. Menu masakan kari dan roti nan pun boleh didapati di sini. Sepanjang kami disini, kami dilayan baik oleh staff yang friendly jadi rasa berbaloi sangat datang sebab sedap dan layanan baik.

Lokasi: 191, Aewon-ro, Aewol-eup | Baghdad House, Jeju, Jeju Island 63036, South Korea

3.  Baghdad Cafe

gambar kredit: Halalfoodbog

Antara tempat makanan halal lain yang boleh kita dapati di Jeju ialah Baghdad Cafe yang menghidangkan menu bagi makan tengahari dan makan malam. Di sini, pengunjung boleh memilih pelbagai menu termasuklah vegeterian friendly dan juga pelbagai pilihan vegan yang lain.  Kalau korang nak cuba rasa roti nan yang sedap dengan pelbagai menu yang best lain, jangan lupa datang ke sini ya!

Lokasi: 38, Seogwang-ro 32-gil, Jeju, Jeju Island 63207, South Korea.

Klik di sini untuk tahu lebih info Korea trip

4. Bada Punggyeong

Bagi penggemar seafood yang segar, restoran ini memang buat anda. Apalagi dengan lokasinya yang strategik cuma 5 minit jarak memandu dari Jeju airport, menjadikan ini semestinya lokasi terbaik buat korang yang baru tiba ataupun dalam perjalanan ke airport. Antara menu yang popular di sini ialah Braised Mackerel Stew, tetapi kalau korang bukan penggemar stew, bolehlah cuba menu Grilled Mackerel yang dimasak dengan salutan luar yang crispy dan isi dalamnya lembut. 

Lokasi: di 297-1, Seongsan-ri, Seongsan-eup, Seogwipo, Jeju Island, South Korea

5. Mulmegol

Restoran ini dikenali sebagai honest restaurant oleh stesen televisyen tempatan. 

Disini pengunjung boleh merasai pelbagai jenis menu vegetarian antara yang terkenal adalah lotus leaf rice dan Perila Seed Sujebi. Pelancong Muslim tidak perlu bimbang kerana semua menu yang ada di sini hanya berasaskan sayuran semata. Disebabkan restoran ini sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing, makan anda disarankan untuk membuat tempahan awal sebelum sampai di sini.

Lokasi: 795-1 Susan-ri, Aewol-eup, Cheju, Jeju-do, South Korea

6. Yellow Cafe (Banana Milk Cafe)

Sekiranya di Jeju nanti anda berkunjung ke K-pop museum, maka jangan lupa ya untuk datang ke Yellow Cafe ni yang terletak berhampiran. Antara istimewanya ialah kafe ni menyajikan menu minuman yang terkenal bukan saja di Korea, tetapi juga di Malaysia iaitu banana milk ice blended. Semasa menikmati minuman yang enak ini kita juga boleh merehatkan minda sejenak dengan melihat pada dekorasi dalaman kafe ini yang dipenuhi dengan pelbagai hiasan yang menarik. Selain itu, disini juga turut dijual beberapa souvenir yang pastinya akan membuat anda tak menang tangan! Jadi apalagi, tak susah kan membuat pilihan nak pergi makan di mana. 🙂

Lokasi: 2877-13 Yerae-dong, Seogwipo, Jeju, Jeju Island South Korea

7.  Ojo Haenyeo's House

Keunikan Ojo Haenyeo’s House ini adalah mereka menyajikan bubur sebagai sajian utama mereka. Bagi penggemar bubur, anda bolehlah singgah ke sini untuk merasai sendiri kesedapan jeonbokjuk iaitu bubur abalone. Bubur yang dibuat dari abalone dan sesame oil ini dikatakan pernah menjadi hidangan kerabat diraja pada satu ketika dulu. Selain rasanya yang lazat, jeonbokjuk juga diberikan merit sebagai makanan yang sihat buat wanita hamil, orang tua dan juga orang sakit. Purata harga bagi menu utama mereka ini adalah sebanyak 11,000KRW+ seorang. Jadi lepasni bolehlah anda semua budget berapa yang perlu dibawa untuk makan di sini ya! 🙂

Lokasi: 3 Ojo-ri, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Klik di sini untuk tahu lebih info Korea trip

8. Bada Janchi.

Restoran ini dikenali sebagarestoran Muslim friendly yang bagus di Jeju. Jika anda sukakan makanan laut, maka bolehlah memilih untuk order grill abalone yang masih segar dari laut ini.Harganya sekitar  60,000 KRW untuk 4 saiz yang besar, manakala bagi grilled mackarel pula sekitar 15,000 KRW untuk saiz satu ikan, dan bagi spicy braised mackerel pula 30,000KRW untuk saiz besar. Di restoran ini mereka juga ada menyediakan hidangan sampingan percuma seperti telur kukus dan udang bakar. Sekiranya anda sampai disini anda tak perlu risau dengan tempat parking kerana di sini juga turut disediakan kemudahan parking kereta sekitar 5 buah kereta dalam satu masa.Selain itu, staf disini juga sangat ramah dengan pengunjung, bahkan mereka  turut membersihkan tandas dan menyediakan bilik solat beserta dengan sejadah. Jadi berkunjunglah kesini dengan keluarga anda untuk merasai sendiri ya!

Lokasi: 79, Tapdong-ro, Jeju, Jeju Island 63167, South Korea

9. Cheonhaecheon

Restoran Cheonhaecheon atau dikenali sebagai halal shabu shabu ini mengingatkan saya dengan restoran Seoul Garden dimana tersedia seluruh bufet untuk kita masak dan nikmati. Selain itu hidangan minuman percuma turut diberikan kepada pelanggan. Apa yang paling menarik sekali adalah tempat ini telah mendapat Sijil Halal oleh Jeju Islamic Cultural Centre.  Selain itu, kita dah tak perlu pening nak fikir untuk solat di mana kerana restoran ini juga turut menyediakan ruangan solat. Manakala bagi harga pula setiap orang akan dikenakan bayaran sekitar 34,000 KRW. Jadi apalagi, jomlah datang sendiri dan rasai keenakan hidangan di restoran Cheonhaecheon !

25, Halladaehak-roJeju, Jeju Island 63088, South Korea

Dengan cara ini, diharap dapat membantu anda untuk decide incase masih lagi tak tahu nak makan kat mana bila dah sampai kat Jeju nanti. Selamat bercuti, semoga perjalanan anda smooth dan dapat makan makananan halal yang best kat sana nanti :).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *