Travel Treasure

blog

8 CARA ATASI KETAKUTAN TRAVEL SOLO

Kepada anda yang baru nak start travel solo atau travel dengan group yang baru anda nak kenali ni, saya faham pasti kerisauan dan ketakutan anda tu membelenggu dalam kepala. Travel solo can be really dreadful for beginner.

 

Ya la mana taknya. Jauh dari orang-orang tersayang tiada orang boleh bergantung harap, awak hanya ada diri sendiri untuk jaga keperluan, keselamatan, makan minum sepanjang perjalanan. Constantly pastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan anda, plus pergi negara yang kita tak tahu selok belok dia macam mana, memang boleh buat anda anxious!

 

Bunyi macam membebankan kan? Jom, saya kupaskan beberapa contoh kerisauan dan cara anda nak overcome.

1. Macam mana kalau saya terlepas penerbangan?

Bila travel solo, semuanya atas anda. Pemikiran ni selalu menakutkan anda kan? Bayangkanlah, anda dah packed barang, mata dah buka seluas-luasnya (almaklumlah flight waktu pagi buta), tiket dah dalam genggaman tangan, tapi train/bus jadi lambat atau stuck in traffic dan anda sampai kat airport untuk melihat plane anda dah pergi tinggalkan anda. *huwaa nangis kat bucu kerusi*

Kalau macam tu, apa kata anda target untuk sampai airport 2-3 jam sebelum penerbangan. Kebiasaannya, kalau penerbangan antarabangsa memang kena berada di Airport 3 jam awal untuk urusan luggage check-in, manakala untuk penerbangan domestik 2 jam awal.

 

Pastikan anda plan dengan teliti transport time anda nak ke airport tu, samada naik KLIA express, Grab, self-drive etc..Berapa jam untuk anda tiba diairport considering waktu puncak di jalan. Elakkan stuck dalam timing orang pergi/pulang dari kerja. Selain itu, Jangan buat ‘jadual’ sendiri ya untuk target sampai setengah jam sebelum check in desk tutup. No no no this will be nightmare! So, anda perlu datang awal untuk lebih tenang dan tidak rush.

 

Walaubagaimanapun, jika ianya berlaku juga, jangan cepat menyalahkan diri. Tahap maximum yang boleh buat pun, marah je. Itupun dalam masa yang singkat. Ianya boleh terjadi kepada sesiapun dan sentiasa ada jalan penyelesaian untuk menanganinya. Just chin up!

2. Macam mana kalau saya sesat?

Bila keluar dari tempat penginapan anda tu, nak explore sesuatu tempat  secara solo mesti rasa menakutkan, kan? Kadang-kadang tu memang ada chance lah untuk lost dan tak ingat jalan nak patah balik penginapan haha. So kalau tak nak sesat masa tengah syok mengembara tu, apa kata anda ambil langkah berjaga-jaga ni.

 

Masa firstttt sampai kat tempat penginapan tu, sentiasa pastikan anda dapatkan business card mereka dan simpan elok-elok. Selalunya business card ni ada alamat yang lengkap, jadi kalau anda memang dah buntu jalan nak pulang, tunjuk je kad tu dekat driver teksi. Kalau mereka takde kad atau anda berada di negara yang tak faham bahasa mereka, minta receptionist list nama-nama jalan on a piece of paper. Jangan hilangkan pula kertas tu 

Oh ya, don’t forget to exercise your orienteering skills! Dapatkan local map dan navigate jalan-jalan kecik sambil mata tu jadi burung helang sikit untuk jalan-jalan dia yang twists dan ingat jalan pulang. Mark tempat penginapan dan kena rajin sikit take note beberapa landmarks untuk membantu anda explore dengan puas. Nanti takdelah nangis kat tepi dinding pulak bila sesat hoho.

 

Dan semestinya Google Map ni penyelamat tau. Jika anda nak jimat on roaming charges, buka map masa ada WIFI dan biarkan dia upload lokasi anda. Bila anda dah keluar dari tempat penginapan tu, ia akan provide map untuk track pergerakan anda dengan GPS tanpa connect dengan Internet. Tapi kalau masih confused juga, turn on je la Internet tu. Nanti sesat sampai ke hujung dunia pula haha

3. Macam mana kalau saya tak jumpa dengan orang-orang yang baik?

Part ni memang selalu akan dititikberatkan kalau travel sorang-sorang sebab ianya boleh terjadi. Anda mungkin mendapati diri anda berada di tempat orang yang mempunyai mindset yang sama dengan anda atau mereka yang mempunyai agenda berlainan dalam perjalanan mereka.

 

Ada possibility kita mungkin dapat dorm (bagi yang duduk hostel) dengan traveller yang kurang adab or somehow tidak menyelesakan. Mudah saja, cari tempat menginap baru dan pindah keluar.

 

Kalau anda berjumpa dengan orang yang cool & awesome dan anda senang dengan kehadiran mereka, apa salahnya anda join mereka untuk further journeys, right? Maybe plan sesama untuk kongsi touring cost ke tempat lebih jauh? Semua orang seronok dan excited bertemu orang baru and the definition of the joy of travel is that you can adjust your route accordingly. Anda takkan pernah tahu apa yang mungkin anda discover kalau join partners in crime baru anda ni hehe

 

Jika anda tak boleh nak ngam dengan certain people, tidak mengapa. Just be nice and move on – jangan takut untuk bergaul and why not anda dulu yang mulakan perbualan dengan strangers. Coz everybody does it while on the road 

4. Macam mana kalau saya homesick masa travel?

Jika ianya trip jarak jauh anda yang kali pertama, anda sepatutnya dah kena jangka untuk merasakan perasaan homesickness tu especially bila anda rasa penat dan overwhelmed. Bila anda tak kental, pelbagai fikiran akan muncul yang menyerang anda dengan kuat, tapi gunakannya sebagai advantage anda. Ianya akan mendedahkan apa yang anda sangat hargai dalam kehidupan anda di rumah dan apa yang membuatkan ia special. Sama ada kawan-kawan, ibu anda, katil anda atau mandian mewah anda, you take note of it and be sure to appreciate it when you return.

 

Anda tidak akan homesick jika anda travel dalam jangka masa lama. Anda perlu ingat yang anda sedang buat something awesome and live in the moment. Jangan biarkan kita terlepas pemandangan yang indah, kebudayaan yang menarik, awesome new friends hanya sebab kita terlalu clingy dengan our own stuff back in hometown. Bila trip anda dah berakhir, anda mendapati apa yang anda terlalu inginkan masa tengah travel tu, ianya tidak seindah yang disangka sebelum ini. Lepastu mulalah rasa rindu nak berada ‘di atas jalan’ lagi apabila anda sedar yang itu semua sudah berakhir. So, live in the moment while you’re at it!

5. Macam mana kalau saya sakit waktu travel?

Alamak! Sakit pulak tengah travel ni. Nak buat macam mana kan, ianya boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila je. Ada yang sakit perut sampai banyak kali buang hajat besar tu, sakit kepala, demam tiba-tiba muntah dan sebagainya. Jadi apa yang anda perlu buat ialah: Berehat.

 

Pastikan anda bawa bekal ubat seperti painkillers untuk meredakan kesakitan yang dialami. Kalau sakit anda tu sampai anda perlu baring je atas katil, minta tolong rakan anda untuk bekalkan air kosong, biskut and plain rice meals.

 

Jika anda nak elak daripada sakit, anda perlu ikut basic langkah berjaga2 ini:-

6. Bagaimana kalau saya kehilangan kad bank?

Aaaa tak seronoknya kalau ada problem pasal kad bank ni. Macam mana nak teruskan perjalanan ni? Memang tak syok nak berjalan la kan cite dia. Okay, in case kad anda tertelan dengan mesin ATM atau dicuri, pastikan anda ada kad bank alternatif lain yang tersimpan di sesuatu tempat. Jika satu kad dah kena ‘sanglap’, sekurang-kurangnya anda ada back-up card yang ada cash dalamnya. Anda perlu berurusan dengan pihak bank secepat mungkin untuk menyelesaikannya yang mana mereka akan hantar kad baru untuk anda. Ya, ianya sangatlah erghhhh tapi benda boleh jadi kan.

 

Masa berjalan tu, tak perlu bawa cash yang banyak. Yang selebihnya boleh tinggal kat hotel/tempat penginapan tapi make sure simpan dalam peti besi disediakan atau locker berkunci. Beg pun gunalah beg yang tak boleh orang senang-senang sailang. Dan yang penting, perlu ada back up cash, di secured poket berlainan.

7. Bagaimana kalau saya diserang waktu travel?

Part ni memang seram. Lebih-lebih lagi kalau yang travel sorang-sorang tu. Elakkan laluan atau lorong-lorong yang gelap, sunyi dan kurang orang. Jika anda berada di tempat yang anda rasa tak selamat, trust your guts and avoid it. Ingat, untuk keselamatan, always trust your guts but do not be too worry also.

 

Jika anda ingin mengambil langkah berjaga-jaga, ambil kelas seni mempertahankan diri atau belajar la sikit tentang self-defense ni sebelum travel so anda tahu basic pergerakan untuk defend diri anda kalau kena serang nanti. Jangan lupa untuk bawa spray juga (tak kisah mosquito spray ke pepper spray ke). Get ready dengan fist yang kita pernah belajar masa kecik-kecik dulu.

 

Jika anda kena serang, of course la nyawa anda yang paling penting untuk diselamatkan dulu daripada gadget atau passport anda. Jangan cuba lawan balik untuk dapatkan barang-barang tersebut tetapi anda selamatkan diri dulu pergi ke tempat yang ramai orang dan minta bantuan. Quite shocking juga la kalau terjadi sebab jarang berlaku. Yang selalu dengar pasal beg kena curi – so make sure beg anda tu disilang ke depan untuk lagi selamat daripada letak pada satu bahu saja.

 

Mesti beringat untuk asingkan simpanan dokumen penting seperti passport daripada pocket money. Dan asingkan juga wang kecemasan di pouch atau dompet/bag lain. Ini mengelakkan anda kehilangan semuanya sekaligus.

Trust your gut. Jika jumpa seseorang yang anda rasa tak boleh dipercayai, just remove yourself from the situation. Lebih baik spend time with your own company daripada seseorang yang akan menyusahkan anda nanti kan.

8. Bagaimana kalau saya kena scammed waktu travel?

Haa yang ni kalau travel memang kena je. Pastu mulalah ketap gigi haha. As a tourist in whatever country, samada travel solo atau berkawan, ada je scammer yang anda terpedaya tak kisah betapa banyak anda dah buat research dan persiapkan diri anda.

Selalunya mudah nak kena scam dengan pemandu teksi jika (1) kita tidak tahu basic fare dan (2) tiada map navigation dalam mobile phone kita. Jadi saya nasihatkan, untuk negara-negara yang menggunakan aplikasi taxi apps, download & install siap-siap di mobile phone masing-masing dan gunakan ketika travel. Boleh digunakan untuk servis teksi terus, atau untuk ketahui anggaran taxi fare yang anda boleh nego dengan taxi driver yang ada tahan di tepi jalan. Selepas naik teksi tu, jangan lupa set terus map navigation to your destination, so sambil dalam teksi tu, perhatikan laluan dalam map tersebut, adakah anda on the right route? Jika tidak betul, confirmkan dengan driver tersebut, ini menunjukkan yang anda bijak dan tidak mudah ditipu. Cara ini lebih membuatkan anda selamat

 

Pernah kena scam tidak sepatutnya menghalang anda untuk terus mengembara. Belajar dari setiap kali anda kena scam dan ianya mungkin membantu anda untuk elakkan dari terkena pada masa hadapan. Keep positive!

***

Jika 8 perkara di atas tetap terjadi kepada anda yang sedang travel solo walaupun anda dah ambil langkah berjaga-jaga tahap maksimum sekalipun, tiada siapa yang anda boleh persalahkan. DO NOT BLAME YOURSELF. Take it positively. It’s always part of making us a better person. Kena tipu atau kena curi tu adalah ujian untuk kita dan sudah tentu memberi pelajaran yang berguna semasa mengembara.

 

Kalau baru nak berjinak travel solo, kita boleh mula dengan travel bersama group yang asing bagi kita (meaning bukan dengan keluarga/kawan-kawan yang kita sudah selesa bergantung), dari situ kita boleh latih diri sedikit demi sedikit skill self-survival dan skill menyesuaikan diri sebelum travel solo. 

At the mean time, komen below if you have anything to share about your scary experience when travelling. I would love to hear from you!


Terima Kasih kerana membaca! See you in next post!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *