Travel Treasure

blog

TRAVEL SOLO ATAU DENGAN GROUP?

Travel Is The Only Thing You Buy That Makes You Richer 

Mesti korang yang click post ni tengah pikir nak travel solo atau dalam group kan? Zaman sekarang ni pilihan nak travel solo atau dalam group ni bergantung kepada banyak faktor dan setiap orang ada alasan diorang sendiri. Kalau korang confuse nak pilih yang mana, kami akan senaraikan pros and cons untuk kedua-dua pilihan ni. 

Travel Secara Solo

Di bawah ni kami listkan apa yang korang akan experience kalau travel solo

1. Bebas

Untuk sesetengah orang, travel ni kebebasan. Diorang bebas nak tentukan nak pergi mana, budget berapa, tidur di mana dan makan apa tanpa terikat dengan siapa-siapa. Orang yang macam ni selalunya tak suka nak tunggu-tunggu orang dan dia nak ikut itinerary dia sendiri. Korang hanya boleh dapat semua ni kalau korang travel solo.

2. Tentukan Masa Sendiri

Bila korang travel secara solo, korang yang tentukan masa korang sendiri. Korang boleh stop dan stargazing lama-lama, baca buku, menari, atau join main alat music bila korang jumpa street musicians. Korang tak dapat tentukan masa-masa ni kalau korang travel dalam group. Actually bila korang travel solo, korang dapat kenal diri korang sendiri dan apa yang korang suka sebenarnya.

3. Bajet

Korang akan lebih senang nak manage budget korang kalau travel solo. Sebabnya korang boleh pilih nak naik public transport yang mana, tidur hotel atau hostel dan nak makan apa. Korang boleh buat semua tanpa perlu pikir pasal orang lain.

4. Pengalaman Yang Unik

Kebiasaannya kalau korang travel solo, korang akan dapat experience yang unik dan baru. Masa korang explore satu tempat tu, korang akan belajar interaction dengan locals. Korang jugak akan belajar untuk jadi humble dan kadang-kadang korang siap akan dapat kawan baru tau. Kalau korang jenis gila-gila dan tak kisah, korang boleh je join random local people untuk have fun.

Travel Secara Solo

Di bawah ni kami listkan apa yang korang akan experience kalau travel solo

1. Tour Guide

Kalau korang suka tour yang organized, korang boleh guna tour guide dan gerak dalam kumpulan. Sebabnya, bila korang first time sampai sana, mestilah korang nak orang yang dah familiar dengan tempat tu kan? Korang boleh tanya-tanya pasal tempat yang korang lawati dan chances untuk korang kene trick atau scam dengan local people tu kurang sebab tour guide tu akan jaga korang. Keselamatan pun tip top.

2. Keselamatan

Keselamatan adalah risiko yang paling tinggi kalau korang travel solo. Kalau ada apa-apa jadi dekat korang, korang susah nak dapatkan bantuan. Tapi, bila korang travel dalam group, korang akan rasa lebih selamat tambah-tambah lagi kalau korang travel oevrseas. Kalau korang travel in group ni, at least kalau ada apa-apa jadi atau korang sakit ke, ada orang yang korang boleh mintak tolong dan takde lah korang panic sangat.

3. Penginapan Dan Tempat Makan

Travel dalam group ni mudah sebenarnya. Banyak benda yang korang tak payah pikir. Biar travel advisor korang je yang buat keje. Dia akan book kan hotel atau hostel. Yang paling penting untuk kita especially yang Muslim ni ialah makanan yang halal kan? Travel advisor atau tour guide korang tau dan boleh suggest kedai halal yang ada untuk korang.

4. Aktiviti Dan Itirenary

Macam yang kami cakapkan sebelum ni, travel dalam group ni paling mudah. Korang tak payah susah-suah nak fikir itinerary dan activities. Selalunya dalam group package tour dah ada siap-siap dah semua aktiviti dan tempat-tempat pelancongan utama dah dimasukkan pun  dalam itinerary tu. Korang tinggal nak enjoy je trip korang.

Kami harap perkongsian kami minggu ni dapat buatkan korang lebih clear sama ada nak travel solo atau nak travel dalam group. Tapi sajelah nak cakap, kalau korang join trip kami, Travel Treasure, kami travel in small group jadi semua orang takkan terabai. Hihihi. 

 

Semoga korang boleh buat decision yang tepat untuk next trip korang. Till next week sayang-sayang semua!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *