I Travel Because Life Is Short And The World Is Huge
Selalunya, bila dah penat travel, next thing yang kita nak ialah cepat-cepat sampai hotel atau tempat tidur sebab nak hempas badan atas katil yang empuk, kan? Tapi, sebelum korang rehat, ada beberapa benda yang korang kena buat dulu walaupun korang hanya tidur semalam je di hotel tersebut. Nak tau apa dia?
Nampak macam remeh je kan? Tapi kita selalu assume lock bilik kita tu okay dan berfungsi tanpa check pun. Tak rugi tau check lock pintu ni untuk keselamatan kita dan barang-barang kita jugak. So, macam mana nak check? Kita boleh keluar dari bilik (make sure bawak kunci) dan test tutup dan bukak pintu tu a few times. Kalau setiap kali kita tutup pintu dan pintu tu lock, maknanya lock bilik kita dalam keadaan baik dan insyaAllah selamat.
Nightmare tau kalau katil yang kita tidur ada pepijat. Nanti habis gatal-gatal satu badan. Jadi kami sarankan untuk check katil hotel tu. Bila korang check, make sure korang check di celah-celah tilam dan tempat-tempat yang tersorok sebab selalunya pepijat akan suka tempat-tempat macam tu.
Evacuation route ni sangat penting ya especially masa kecemasan. Korang kena make sure korang familiarize route atau plan ni sebab kalau jadi apa-apa seperti gempa bumi atau kebakaran, korang tak panik dan tau apa nak buat.
4. Basuh Semua Gelas Dan Cawan Sebelum Digunakan
Ini kisah benar ya, 73% gelas dan cawan yang ada di dalam bilik hotel ni tak di cuci dan dibersihkan dengan betul. So, sebelum korang guna, korang basuh gelas dan cawan tu dengan air panas dan sabun.
5. Check Hidden Camera
Sekarang ni ada trend yang sangat disturbing bila kita kena hati-hati dengan hidden camera. Ada beberapa cara untuk korang check ada ke tak hidden camera di bilik korang.
i. Lebih dari satu smoke detector. Selalunya dalam 1 bilik ada 1 je. Kalau tiba-tiba ada 2, korang boleh la check dekat detector tu.
ii. Smoke detector dalam bilik air.
iii. Decoration gadgets yang nampak pelik atau tak kena dengan tempat.
iv. Lampu merah atau wire yang suspicious.
6. Safe Box
Kenapa kena check jugak safe box? Sebab kita nak confimkan yang safe box tu boleh lock dan boleh dibuka dengan password kita sahaja. Sebenarnya, lebih baik kita guna kemudahan ni dan letak semua barang berharga dekat dalam masa kita tinggalkan bilik hotel dari biarkan terdedah je. Selalunya akan ada house keeping kemas bilik kan? Jadi, untuk elak kecurian, kita simpan je dalam safe box.
Walaupun macam mana penat pun kita, at least benda yang penting seperti lock pintu, evacuation route dan hidden camera perlu kita check dulu. Tambahan lagi kalau geng-geng gegirls berjalan. Hopefully tips ni membantu korang masa korang check in hotel akan datang. Selamat bercuti korang!

