Bali is more than a place. It’s a mood, it’s magical. It’s a tropical state of mind.
Honestly bila cakap pasal Indonesia, benda pertama terlintas ialah Bali. Bali ni ialah sebuah pulau perlancongan yang attract ramai tourists sepanjang tahun dan selalunya tempat macam ni memang pack. Kami ada beberapa lokasi rahsia di Bali yang korang boleh pergi untuk elak crowd yang ramai.
1. Pemuteran
Dari Denpasar ke Pemuteran makan masa 4 jam. Bunyi jauh kan? Tapi percayalah sangat worth it.
Pemuteran terkenal dengan terumbu karang dan kebanyakan pelancong datang ke sini atas satu sebab je – Menyelam! Tempat ini agak sesak pada siang hari.
2. Pantai Yeh Leh
Tak jauh dari lebuh raya Denpasar-Gilimanuk, Yeh Leh bukanlah pantai berpasir putih biasa. Korang akan nampak batu besar berselerak di pantai. Batu-batu misteri ini dah wujud selama ratusan tahun dan tidak ramai yang tahu asal usul batu-batu ni.
3. Pantai Melasti
Pantai ni sangat Instagrammable ye. Korang susah nak nampak pelancong dekat sini. Masa paling baik untuk korang datang ialah masa sunset atau selepas hujan. Memang syahdu dan lawa!
4. Air Terjun Kanto Lampo
Air terjun ni mengalir menuruni formasi batu bertingkat membuatkan view yang kita tengok sangat mengagumkan.
Air terjun ni terletak di kampung Beng Gianyar dan sangat mudah nak sampai, tak perlu hiking atau masuk hutan sangat.
5. Menjangan Island, West Bali National Park
Di bahagian utara West Bali National Park, ada satu peninsular yang dipanggil Prapat Agung. Di peninsular ni ada pantai terlindung yang panjang dan pulau kecil di luar pesisir dengan nama Menjangan. Agak pelik kenapa kebanyakan orang tidak tahu tentang Menjangan kerana ia sebenarnya salah satu tempat menyelam terbaik di Bali dengan hidupan marin yang banyak. Tetapi kehidupan marin bukanlah satu-satunya perkara yang luar biasa tentang pulau ini. Pulau Menjangan sebenarnya diterjemahkan kepada Pulau Rusa. Tiada siapa yang benar-benar tahu bagaimana dan mengapa tetapi rusa telah tinggal di pulau ini selama bertahun-tahn lamanya.
Dengan additional 5 tempat yang kami list dekat atas ni dapat membuatkan percutian korang ke Bali lebih menyeronokkan. Jumpa lagi dalam post minggu depan!

