Travel Treasure

blog

CARA MENARIK MENABUNG UNTUK TRAVEL

Salam & Hello Pembaca!

Ramai betul tinggalkan e-mail masing-masing di Instastory IG Travel Treasure bila bangkit topik pasal tips simpan duit travel ni. Terkedu Madie. Ketara disitu kesungguhan followers Travel Treasure nak mencari ilmu menabung ni. Moga tuhan dekatkan rezeki kita semua atas usaha pertama kita lakukan iaitu MENCARI ILMU 😊.dsf

Madie akan kongsikan beberapa cara menarik yang diamalkan oleh beberapa insan bernama kesungguhan. Terserah anda nak follow kekdah yang mana. Ikut kemampuan dan kekangan masing-masing. Apa-apa pun, kena buat tanpa dalih. Sebab apa? sebab tuhan dah janji. Siapa usaha dia da…? dapat!

1) Asyifa Ajis Doktor Kipas

Insan kesungguhan pertama diberi nama Asyifa. Terkenal dengan nama Dr. Kipas! Bukan kaki kipas bos ya 🤪. Tapi beliau ialah seorang pakar baiki kipas lama atau rosak kemudian menjualnya di pasar malam. Siapa sangka perniagaan macam ini pun boleh bawa beliau travel merata. MashaAllah hebat.

Menurut Nur Asyifa Binti Ajis , beliau telah menabung selama setahun sebelum mampu travel jangka masa panjang.

Saya ada tabung travel saya sendiri. Cara simpan duit mudah sahaja, pantang tengok duit RM20 yang kuning tu terus simpan! YELLOW = TRAVEL. Meniaga di pasar malam 6 kali seminggu jadi kalau dapat 5 keping setiap kali berniaga, 5 keping lah masuk tabung. Jika dapat 3 keping duit RM20, maka semua 3 keping masuk tabung.

Boleh dikatakan saya menabung selama setahun. Saya mula serius untuk buat tabung travel seawal memulakan bisnes dulu, iaitu pada Januari 2016.

credit: The Vocket

Nampak tak? menabung seawal setahun amat membantu. Peniaga pasar malam ke, peniaga tepi jalan ke, apa-apa jua jenis kerja sekalipun….anda mampu!

Berita baik! Atas permintaan, trip-trip Travel Treasure kebanyakkannya diumumkan awal setahun supaya memudahkan peserta menabung untuk travel secara bulanan dengan Travel Treasure. Tak perlu risau terbelanja ke tempat lain. Cukup menabung, terus vacation! Takde masalah tak cukup budget. Best kannn?

2) Suri Shariff Tabung Pelampung

Insan kesungguhan yang kedua boleh follow membe Madie ni, kaki dia memang gatal asyik nak terbangg aje – Tidak lain tidak bukan Suri Shariff !

Antara tips menabung yang Suri kongsi:

  1. Tetapkan minimum berapa yang wajib di masuk dalam tabung setiap hari. Contoh RM10/ RM20 atau RM50 sehari. Kalau ada extra, pejam mata masuk kan extra. Tapi jangan sesekali kurang.
  2. Tetapkan berapa lama untuk menabung untuk sesuatu trip.Nak tetapkan setahun ke, 6 bulan ke, terpulang pada diri masing-masing. Macam aku biasanya letak 3-5 bulan. Jadi dalam masa 3-5 bulan kalau tabung pelampung tak penuh aku susah hati dan rasa nak sumbat banyak-banyak lagi dan buat macam-macam side income.
  3. Buat side income untuk sumbat dalam tabung. Yang ini kau kena cari sendiri. Macam aku, aku guna income dari lunch box untuk masuk dalam tabung. Kalau dulu masa bekerja, aku buat food delivery during weekend. Kau rajin, kau dapat extra, kau malas kau gigit jari.
  4. Disiplin. Kena berkorban untuk tidak membeli benda-benda lain. Kecuali kau ada extra lepas kau masuk minimum amount kat dalam tabung.
  5. Buat tabung besar-besar supaya buat kau geram nak penuhkan tabung.
  6. Setiap tabung harus ada nama tersendiri. Jangan letak general, contoh \”Tabung Travel\”. Kau letak contoh \”Tabung Trip Canada\”. Baru semangat kau nak sumbat duit dalam tu.
  7. Setiap malam sebelum tidur, kau bagi diri kau 5 minit untuk kau berangan tentang tempat impian kau supaya esok pagi bila kau bangun tidur, kau lebih positive untuk kerja keras kejar impian kau.
  8.  Menabung pon menabung juga. Tapi jangan kau jadi tangkai jering. Kena selalu bersedekah. Tapi tak perlu heboh-heboh. Hanya kau sahaja yang tau.
  9. Tunaikan impian orang lain, terutamanya anak yatim dan kanak-kanak. Doa mereka walaupon kecil tapi power girl.!
  10. Jangan kedekut dengan ibu bapa. Makin banyak kau keluar duit untuk senangkan hati mereka, makin murah rezeki kau. Pernah dengar ayat \”The more you give, the more you will get\” macam gitu lebih kurang.

Credit: Facebook Suri Shariff

3) Tabung Tin Madie

Haa disebabkan perkongsian Suri ni, Madie pun dah mula ada tabung yang tak boleh dibuka. Kunci pun takda. Kena kopak pecah habis dengan Hammer baru boleh buka. Suri ni dasyat! dia pakai pelampung tanpa lobang terus.

Ini tabung Travel Madie sendiri. Tabung tin aje. Strategi Madie, antara not RM1, RM5, RM10, yang mana not paling tinggi nilai dalam dompet pada akhir hari tersebut, not itulah akan disumbat masuk dalam tabung dengan mata pejam. Masuk laju-laju! 🤣 Kalau fikir-fikir, memang sampai kesudah tabung tak pernah penuh. Dah masuk, memang tak boleh nak ambik dah. Kena kopak tin ni, sayang pulak. Maka, mudahlah menggemokkan tabung ni. hehe

***

Ada juga kawan Madie ni, dia simpan ikut warna not kertas. Setiap kali ada Not warna Hijau je, pasti dia akan masukkan dalam tabung travel dia. Ha cara macam ni pun kreatif juga.

ok guys! harap membantu korang untuk menyimpan. Tak kesah la nak simpan untuk travel atau simpan untuk beli rumah or kahwin. hiks!

Sila komen dibawah dan kongsi dengan Madie, pendapat korang.

Till then!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *