My goal is to run out of pages in my passport.
Korang pernah tak rasa struggle gila nak tidur? Kalau tak tidur, dah long flight pulak. Tak pasal-pasal bila dah sampai ke destinasi jadi mengantuk dan moody.
Kami faham sebab kami pun macam tu, kadang-kadang sampai sekarang masih struggle nak tidur. Tapi ada a few tips yang kami praktikkan dan honestly sangat membantu. Nak tau apa? Jom sambung baca article minggu ni.
1. Pilih Tempat Duduk
Lokasi tempat duduk boleh menjadi salah satu faktor yang paling penting dalam menentukan boleh ke tak boleh tidur dalam flight. Cuba dapatkan tempat duduk tingkap jika boleh; ia akan bagi korang tempat bersandar dan korang tak akan kena kacau kalau passenger lain nak ke tandas. Korang jugak boleh control sun shade.
Satu lagi kawasan yang perlu dielakkan ialah barisan belakang sekali. Kerusi mungkin tidak recline, dan selalunya terletak betul-betul berhampiran tandas – di mana kedua-dua bunyi dan bau boleh menjadi isu.
2. Kurangkan Carry-Ons
Kalau korang ada lebih dari 1 carry-ons, kemungkinan besar carry on ni akan korang letak di ruangan bawah kerusi penumpang hadapan. Ini dah me-limitkan ruang kaki korang. Kami recommend untuk bawak benda penting dan perlu sahaja supaya korang boleh letak carry-on bag tu di overhead compartment dan korang pun dapat ruang untuk kaki yang lebih luas. Nak buat regangan atau melunjur pun senang. Cumanya sebelum letak carry-on bag di overhead compartment, korang boleh ambil barang yang korang nak guna siap-siap seperti buku, majalah atau snacks.
3. Jangan Minum Minuman Berkafein
Kalau flight siang, lagi lah struggle nak tidur kan? Ter-distract dengan view luar lagi. Kami sarankan untuk skip caffein walaupun tergoda dengan bau kopi semasa stewardess tanya nak minum apa. Sabaaaarrrr… Anggaplah itu semua cobaaaaannnnn.
4. Bawa Bantal Leher
Ramai traveler memang suka bawak bantal leher ni sebab memang akan buat korang rasa comfortable. Leher korang akan disokong oleh bantal ni. Zaman sekarang ada bermacam jenis bantal mengikut cara korang tidur.
5. Guna Headphone
Korang boleh beli noise cancelling headphone dimana korang memang tak akan dengar apa-apa. Untuk setengah orang, ini akan membantu dia untuk tidur. Kalau masih tak boleh, korang boleh guna headphone untuk dengar lagu-lagu yang soothing dan menenangkan yang akan buat korang relax dan tertidur.
Diharapkan tips ni membantu korang bila korang cuba nak tidur dalam long flight nanti. Yang paling utama, selesakan diri korang dulu. Pakai pakaian yang longgar, tak perlu make up beria. Dah sampai destinasi nanti korang boleh la glam ke diri sendiri semula.
Minggu depan kami akan sharekan tips yang lain pulak untuk korang. Happy New Year 2023!


