Travel Treasure

blog

TIPS TRAVEL DI MUSIM HUJAN

Life is short, and the world is wide.

Cuaca pada musim tengkujuh sangat best kan? Dia tak panas sangat dan tak pulak sejuk sangat membuatkan ramai orang travel di musim ni. Korang boleh bau tanah dan rumput lembap, dengar bunyi hujan sambil pekena secawan teh atau kopi, memang layan habis. Cumanya di musim ni jugak la akan ada banyak jangkitan, kemalangan dan bencana alam. Kali ni kami nak share apa yang patut korang consider dan tips untuk travel di musim hujan ni.

1. Pemilihan Destinasi

Kalau korang pilih road trip, make sure korang pilih destinasi yang selamat untuk dilalui.  Semak laluan terlebih dulu sebab bila hujan ada jalan raya yang ditutup dan menyebabkan korang terperangkap selama berjam-jam. Elakkan perjalanan pada waktu malam dan melalui jalan yang rough dan bumpy. Elakkan pergi ke kawasan berbukit kerana tanah runtuh, banjir dan lumpur semakin meningkat di kawasan altitud yang lebih tinggi semasa monsun. Buat kajian yang betul sebelum memilih destinasi.

2. Bawak Extra Pakaian

Bawa extra pakaian dan tuala tambahan untuk semua ahli keluarga supaya korang boleh tukar bila basah. Bawa lebih banyak fabrik sintetik yang mudah kering dan ringan. Bawak juga beberapa pakaian hangat seperti sweater di dalam beg galas anda yang boleh mengelakkan anda daripada jatuh sakit.

3. Bawa Makanan & Botol Air Sendiri

Musim tengkujuh memang akan ada banyak penyakit bawaan air, oleh itu, elakkan makan makanan di tepi jalan atau minum air dari tempat awam. Makanan yang tidak bersih boleh menyebabkan penyakit seperti keracunan makanan, cirit-birit dan sakit perut. Bawa makanan ringan atau sedia untuk dimakan.  Pastikan korang bawa air botol dan lebih elok kalau korang boleh masak dulu sebelum diminum.

4. Bawa Beg Kalis Air

Bawa beg kalis air untuk memastikan barangan korang selamat. Kalau korang tak ada beg kalis air, dapatkan penutup kalis air untuk bag korang. Siapa yang tidak suka mengklik gambar yang bagus semasa perjalanan? Merosakkan telefon atau kamera ialah perkara terakhir yang korang nak semasa dalam perjalanan, oleh itu pastikan korang bawa penutup kalis air yang lutsinar, kedap udara untuk memastikan peranti elektronik korang selamat.

5. Bawak Ubat-Ubatan

Banyak penyakit akan ada di musim tengkujuh. So, korang kena make sure korang ada mini first aid kit. Dalam kit tu ada ubat selsema, demam, batuk, ubat tahan sakit dan lain-lain. Selain tu, bawa jugak termometer, sanitizer pembalut luka dan juga ubat halau nyamuk. Penting!

6. Keperluan Monsun

Hujan tidak dapat diramalkan. Hujan yang turun secara tiba-tiba boleh menyebabkan korang semua basah, oleh itu pastikan korang bawa payung dan baju hujan. Korang boleh memakai but hujan untuk melindungi kaki. Elakkan memakai kasut mahal atau sandal tumit tinggi.

Hopefully perkongsian kami kali ni dapat membantu korang buat persiapan untuk travel di musim hujan, tak kiralah ke mana-mana destinasi sekalipun. Cumanya, kalau korang sejenis cepat nak complain kalau hujan,, comot, basah, delay sebab cuaca tak elok, kami tak sarankan korang travel musim tengkujuh sebab nanti mesti korang tak enjoy trip tu dan akan rosakkan mood korang. Takpe, musim hujan memang bukan untuk semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *