Kebanyakkan pelancong dari Asia ni memang jarang consider India sebagai salah satu negara yang diorang nak visit. Tapi sebenarnya, ada banyak tempat-temoat di India yang menarik untuk kita visit ditambah lagi dengan budaya tempatan yang sangat warna warni. Jadi, rugi tau kalau kita tak include India di dalam bucket list kita. Kalini, kami nak share the dos and don’ts apabila korang ke India.
Kami sangat-sangat recommend untuk korang dapatkan vaksin heptitis A, B, thyphoid, difteria, polia dan tetanus. Ye, nampak banyak tapi ini adalah penting untuk perlindungan badan. Sebenarnya bila nak travel ke mana-mana negara pun kita perlu dapatkan suntikan yang sesuai untuk protect badan kita sebab kalau sakit nanti dah tak boleh nak jalan-jalan. Rugi kan?
India ni boleh dikira sebagai negara yang konservatif. Jadi, elakkan pakaian yang revealing ni. Seeloknya pakai pakaian yang tutup bahu dan labuh ke buku lali. Kalau free hair, bawak je sehelai selendang dalam bag dan boleh guna bila perlu. Bukan apa, pakai seksi-seksi nanti buat kita termalu sendiri bila masyarakat setempat asyik pandang je kan?
Yang ni selalunya geng-geng hindustan dah terer dah. Korang hanya perlu tau common atau basic words macam namaste dan assalamualaikum masa greet someone dan shukriya untuk cakap terima kasih. Diorang appreciate effort kita nak berbahasa diorang tu tau.
Takde siapa tahu sesuatu tempat dengan lebih baik melainkan locals dekat situ. Jadi, jangan malu-malu nak interact dengan diorang, tanya la landmark, kedai makan, tempat shopping, etc. Diorang biasanya akan tolong kita. Tanyalah, mana tahu boleh discover tempat-tempat baru kan?
Untuk Malaysian, yang ni senang je kan nak ikut sebab kita memang amalkan dekat sini. Mungkin ada yang macam risau takut kasut kena curi kan, sebenarnya ada orang yang akan jaga barang-barang dan kasut bila korang explore temple dan masjid. Tapi nak senang, kami suggest pakai je kasut yang murah-murah atau flip flop je bila nak melawat tempat-tempat macam ni.
Ini sangat-sangat penting ya. Korang hanya patut minum air dari sealed bottle je sebab takut air yang ada tidak bersih. Tak kiralah, minum air teh di kedai, minum air berais dekat local street atau gosok gigi, kami sarankan guna air botol. Ini untuk mengelakkan “the Delhi Belly” atau orang kita panggil sakit perut. hihi.
Jangan ya suka-suka hati ambil gambar orang tanpa permission. Bila kita buat macam ni, kita akan nampak rude di mata diorang. Kalau betul-betul nak ambil gambar orang locals, mintak kebenaran dan kita siap boleh mintak diorang posing-posing lagi. Gambar macam ni akan turn out to be sangat cantik dan memorable.
Masalah kemiskinan ni memang sinonim dengan India dan masyarakat Malaysia pulak terkenal dengan sifat pemurah. Tapi, bila dekat sini, jangan sekali-kali bagi duit dekat peminta sedekah sebab once korang bagi, akan ada ramai yang beratur dekat korang untuk mintak duit jugak. Jadi, jangan mudah lembut hati sangat okay?
Semoga #TipsTraveltreasure kali ini dapat bantu korang untuk prepare sebelum ke India nanti. Enjoy culture diorang dan korang akan nampak India ni sangat colorful.

