Travel Is The Only Thing You Buy That Makes You Richer ~
Tak ramai sebenarnya orang akan consider Iran untuk travel. Mungkin disebabkan apa yang ditunjuk di media yang membuatkan orang takut. Tapi, kalau tanya kami, kami akan sentiasa jawab, “YES! Iran salah satu negara yang patut dilawati”. Kenapa? Di Iran, masyarakatnya yang ramah tamah, bangunan yang ada seni bina yang luar biasa, kaya dengan budaya dan lanskap nya yang tak dapat di tempat lain. Jadi, takkan lah kita nak lepaskan peluang kalau dapat travel ke Iran.
Tapi, sebelum nak travel ke Iran, ada beberapa tips dan benda penting yang patut korang tahu supaya korang punya travel jouney akan smooth.
Iran ni sebenarnya antara negara yang selamat untuk dikunjungi. Sepanjang kami berada dekat Iran, tak pernah sekalipun kami rasa terancam atau tak selamat. Kalau diorang nampak kita blur-blur tak tahu nak pergi mana, diorang akan tolong tunjukkan dalam map, ada yang siap nak tumpangkan lagi! Masyarakat di sini sebenarnya suka tau kalau tourists datang sebab diorang nak tunjukkan apa yang mainstream media (especially US) potray kepada orang luar ni sebenarnya salah.
Secara officialnya, matawang di Iran ni dipanggil Iranian Rial (IRR). 1 MYR = 9500 IRR. Jadi, tak ke banyak ribu sangat tu. Jadi untuk memudahkan, penduduk sini guna value yang lain iaitu Toman;
1 Toman = 10 Riyal
Kebiasaanya diorang akan guna Toman, jadi make sure kita familiar guna Toman ni.
Ye, betul. Bawak cash. Korang boleh agak-agaklah berapa belanja untuk 1 hari x berapa lama korang stay dekat sini. ATM di sini tak terima debit card dari negara luar. Jadi, cash la yang paling senang. Tapi, katalah korang risau bawak cash banyak-banyak, korang boleh apply Mah Card dari local debit company di Iran. Card ni kita boleh topup dan guna bila perlu. Korang boleh apply Mah card ni secara online dan diorang akan hantar kad ni masa korang sampai di Tehran.
Rasanya berpakaian sopan ni tak susah sangat untuk kita orang Malaysia sebab kita memang hari-hari pun pakai baju yang sopan-sopan kan? Tapi kalau korang freehair (tak kira apa ahama pun), bila sampai je airport di Tehran, make sure korang tutup kepala dengan shawl atau tudung. Hanya baju lengan panjang dan seluar/skirt panjang je yang boleh pakai semasa di Iran.
Untuk lelaki pulak, seluar pendek is a big NO ye. Hanya seluar panjang, t-shirt biasa tu ok je. Kalau takut kepanasan, bawak je seluar panjang yang nipis.
Tu semua tadehal la kan?
Bersedia untuk Ta’arof. Ta’arof ni sangat biasa ye dekat sini. Ta’arof ni macam satu act untuk nampak polite walaupun diorang tak bermaksud macam tu. Contohnya, kalau naik teksi, pemandu teksi tu akan cakap, “takpelah, tak payah bayar”, itu bukan betul-betul dia maksudkan tak payah bayar. Dia cuma jadi polite cara orang sana. Dia akan cakap dua-tiga kali, tapi korang insist je la nak bayar. Takkan la nk free je kan.
Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat kepada semua yang akan travel ke Iran. Banyak lagi tips-tips yang akan kami share di post akan datang.

