Travel Is The Only Thing You Buy That Makes You Richer
Travel ni memang seronok tapi bila dekat airport, terasa macam lari berhalangan dia punya mencabar. Ada masa memang boleh buat kita stress kan? Takpe, kalini kami nak share tips yang kami dapat dari frequent flyers yang akan dapat menyenangkan korang bila di airport nanti.
Kalau korang malas nak bersesak-sesak dekat airport dan tak kisah travel malam, kami cadangkan korang amik the last flight atau flight lepas pukul 10pm sebab kebiasaanya orang dah tak ramai di airport masa ni. Walaupun korang takkan dapat tidur tengah malam tu, at least urusan di airport akan jadi lebih cepat. Kalau lucky, dalam plane pun tak ramai orang.
Sekarang ni dah ada kemudahan untuk self check-in either dekat kiosk atau melalui handphone korang. So, bila sampai airport, first thing korang boleh buat ialah self check-in lepas tu pergi drop luggage. Korang dah jimat masa sebab tak perlu nak beratur panjang-panjang lagi untuk check-in.
Okay, upgrade ni tak semestinya dapat tapi tak rugi pun kalau tanya. Kadang-kadang siap bolehdapat free upgrade lagi ataupun boleh upgrade dengan harga yang murah. Yang paling penting bila korang tanya untuk upgrade, tanya elok-elok, jangan nak kekwat naaa.
Kebiasaanya orang tak suka seat belakang-belakang ni sebab ada aircraft yang row belakang ni sempat dan tak selesa. Jadi, korang boleh take advantage dengan benda ni. Korang boleh book row belakang, mana tau takde orang lain, nah, korang boleh la concur tiga-tiga seat. Kalau long hour flight tu memang selesa habis!
Kalau korang travel berdua, korang jangan book seat sebelah-sebelah. Korang boleh book 1 di window dan 1 di aisle. Kenapa? Sebab jaranglah orang akan book single seat dekat tengah tu. So, bila takde orang, boleh la korang dapat extra space.
Mengikut kajian, selalunya orang akan ke kanan ikut dominant hand diorang, jadi korang boleh la cuba ke kiri especially masa nak beratur di airport security. Tips ni bukanlah confirm jadi setiap masa tapi selalunya lane kiri ni lebih lengang dan tak serabut sangat.
Kalau korang selalu ada masalah kaki bengkak masa naik kapal terbang, korang boleh la guna compression socks. Boleh rasa perbezaannya tau. Compression socks ni korang boleh beli dekat farmasi tapi di Shopee pun ada. Tapi korang kena make sure size yang betul masa beli. Kita taknak socks tu terlalu longgar atau terlalu ketat. Korang boleh pakai compression socks ni few hours sebelum korang depart.
Zaman sekarang ni, dah ada banyak jenis luggage tag. Kalau korang nak guna luggage tag, korang carilah yang colorful dan warna yang menyerlah sebab lepas long hour flight, kita nak cepat-cepat ambil bag dan keluar dari airport kan? Luggage tag yang colorful ni menyenangkan kita kenal bag kita dari jauh. Yelah, semua bag pun dah nampak sama je kan? kalau taknak beli luggae tag, boleh je guna ribbon dengan warna yang striking.
Kami harap 8 tips yang kami berjaya korek dari frequent flyers ni dapat tolong korang masa di airport nanti. Enjoy korang punya trip and make a lot of memories ya?

