Once A Year, Go To A Place You’ve Never Been Before.
-Dalai Lama-
Sekarang ni, banyak gila orang share travel hacks especially di kalangan geng-geng yang suka hiking dan backpacking sebab diorang ni kalau boleh nak bawa seminima mungkin, semua nak sumbat dalam 1 beg je. Sebenarnya, hacks macam tu bukan khusus untuk diorang je, kita pun boleh manfaatkan hacks tu. Travel hacks ni sebenanrnya banyak dapat tolong kita jimat space, masa mengemas dan duit. Jadi, kalini kami nak share travel hacks untukbantu korang ngemas nanti.
Pernah kan korang rasa macam tak cukup space nak letak semua baju masa kemas beg? Instead of lipat, korang boleh cuba roll baju0baju korang jadi tube yang kecik-kecil. Bila baju dah dilipat dalam tube-tube kecil, korang akan dapat masukkan lebih banyak baju dan elakkan kedut-kedut yang banyak.
Walaupun korang dekat rumah ada berjenis-jenis skincare, tetapi masa travel limit kan mana yang perlu je dan instead korang bawak full size bottle yang berat, korang pindahkan la skincare tu semua ke dalam bekas yang lebih kecil. Murah je botol-botol kecil untuk travel tu. Dekat kedai Eco dan Daiso pun banyak.
Sekarang ni, macam-macam jenis laundry detergent yang kita boleh jumpa. Ada yang dalam bentuk sheets, ada yang pack untuk sungle use dan ada juga dibotolkan dalam botol kecil. Tak kisah la apa preferences kita, kami cadangkan bawa laundry detergent sebab kalau korang ada chance nak basuh baju, korang boleh basuh dan korang pun tak tau bila korang akan dapat chance tu. Jadi, bersedia dari awal itu penting.
Korang perasan tak lepas beberapa hari travel, baju kita akan bau kepam sikit, especially backpakers. Untuk mengelakkan masalah bau ni, korang boleh letak dryer sheets. Selain dryer sheet, sesiapa yang ada essential oil yang korang suka, boleh titiskan atas cotton ball dan masukkan je dalam bag.
Bila korang tag atau mark bag korang dengan tanda Fragile, kebarangkalian bag korang nak hilang tu rendah. Sebabnya, pekerja airport akan handle beg korang dengan lemah lembut dan takde lah kena campak. Selalunya beg yang ada tanda Fragile ni akan berada paling atas dalam timbunan beg.
Air mineral dekat airport memang mahal sangat ya. Jadi, untuk elak korang beli air mineral yang mahal tu, korang boleh bawak botol air kosong dan refill dekat water fountain di tempat menunggu nanti.
Semoga perkongsian minggu ini akan dapat buat korang jimat duit dan space ketika bercuti nanti.

