Travel Treasure

blog

WINTER VACATION DI ASIA?

“Travel is the only thing you buy that makes you richer.”

Korang perasan tak, orang kita ni memang suka sangat mencari snow. Ni semua sebab iklim kita yang hujan dan panas sepanjang tahun, kita tak merasa snow di Malaysia jadi kami faham memang kalau berkesempatan ke tempat yang ada snow mesti kita akan pergi kan? Actually bukan dekat Europe je korang boleh main salji, ada banyak je negara dekat Asia yang korang beli pergi dan silap-silap lebih murah dari ke Europe. Jadi, kalini kami nak share lah antara negara yang korang pergi untuk winter vacation di Asia.

1. Taiwan : January - February

Ni khas untuk kaki hiking sebabnya korang bukan lah akan jumpa snow tu di Taiwan tetapi kalau korang lucky, korang boleh hike ke Mount Yusan atau diorang panggil Jade Mountain. Nak hike di gunung ni agak meletihkan tapi tak la susah, asalkan korang fit walaupun beginner ok dah. Untuk sampai ke puncak perlu 2-3 hari dan make sure korang ada proper hiking gear.

2. Beijing : Hujung November - Awal February

Selain daripada terkenal dengan sejarah, suhu di Beijing juga boleh jadi melampau sejuk semasa winter. Cumanya, ada kala kat Beijing ni takde heavy snow. Kalau jadi macam ni, jangan risau, korang boleh pergi sky resort seperti Badaling, Nanshan, Huaibei dan Snow World Ski Resorts.

3. Seoul : December - January

Seoul ni memang sesuai untuk semua dan macam-macam ada untuk setiap peringkat umur. Seoul selalunya akan start snow pada bulan December sampai January tapi kalau korang nak snow yang heavy, boleh ke Jisan Forest Resort, 40 minit dari Seoul.

4. Tokyo : January - February

Biasanya salji turun sedikit di Tokyo setiap tahun, tapi korang boleh rasa lebih banyak salji di Yuzawa, 1.5 jam dari Tokyo dengan Shinkansen. Yuzawa ni ialah kawasan pergunungan, hot springs dan ski resorts.

5. Mongolia : November - January

Mongolia ni memang akan ada salji yang tebal, so make sure korang prepare baju untuk elakkan korang sejuk. Ulaanbaatar ialah ibu kota paling sejuk di dunia, suhu boleh jadi serendah -30 darjah C. Ulaanbaatar  pemandangan kehidupan bandar Mongolia yang menarik, dengan pusat bandar moden yang dihiasi dengan biara, kuil dan muzium.

Selesai sudah list kami kali ni. Hopefully korang boleh consider negara-negara lain selain Europe untuk dapatkan suasana winter vacation. Selamat bercuti korang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *