Travel Treasure

blog

TEMPAT MENARIK UNTUK KORANG VISIT DI TAIPING

Malaysia is a country unlike any other: Full of promise and fragility. Its history, cultural and religious diversity make it a rich, compelling and surprising land.

Taiping pernah menjadi pusat perlombongan di Perak dan dulunya Taiping didiami oleh pelombong British dan Cina. Banyak bangunan warisan kolonial British yang korang masih boleh tengok sampai ke harini. Tak heran lah kalau Taiping ni dipanggil Bandar Warisan.

Taiping jugak pernah menjadi ibu negeri Perak dari tahun 1976 sampai 1937. Peneroka asal ialah orang Cina dan sebab tu lah korang boleh nampak banyak papan tanda dalam bahasa cina. Taiping ni memang sangat-sangat busy especially masa weekend sebab dah ramai yang sedar daya tarikan yang ada di Taiping. Kalau korang still berfikir-fikir nak  buat apa nanti, kami listkan tempat best untuk korang visit masa di sini.

5 Tempat Menarik Untuk Korang Visit Semasa Di Taiping

1. Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping dibuka pada tahun 1880 menjadi taman pertama di Malaysia. Kalau korang ke sini, korang akan nampak ada banyak rain tree yang sangat-sangat besar. Rain tree ni ialah pokok Pukul Lima yang ditanam oleh pegawai British pada tahun 1898. Harini , korang akan nampak pokok-pokok ni seolah-olah tengah membongkok dan minum air tasik. Disebabkan view dekat sini cantik, memang banyak lah pasangan pengantin ambil gambar dekat sini. Bekas lombong bijih timah ni ada 10 tasik buatan, trek joging dan Zoo Taiping. 

2. Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping adalah antara tarikan paling terkenal di Taiping. Zoo ni menempatkan lebih daripada 1200 haiwan. Yang special nya Zoo Taiping ni ialah zoo ni berfungsi sebagai tempat pemuliharaan dan penyelidikan untuk meningkatkan populasi spesis terancam. Zoo Taiping ni jugak dibuka pada waktu malam dan korang boleh la tengok haiwan yang aktif di waktu malam.

3. Bukit Larut

Korang-korang yang suka cabaran boleh mendaki ke puncak Bukit Larut (Maxwell Hill). Kami nak ingatkan, Bukit Larut ialah tempat paling banyak hujan di Malaysia jadi, korang mungkin akan basah dan berlumpur. Trek mendaki ke puncak sejauh lebih kurang 13km (average 5 jam). On the way naik, korang boleh jamu mata dengan bunga tropika termasuk pelbagai jenis orkid. Tapi kalau malas, boleh je sewa jeep untuk bawak korang naik ke atas. 

4. Burmese Pool

Taiping memang banyak sungai. Antara sungai yang femes di Taiping ialah Burmese Pool. Burmese pool ni ialah kolam semulajadi yang dekat dengan pusat bandar. Menurut lokal, askar Burma yang menjumpai kolam tu, dan sebab tu la nama dia Burmese pool. Banyak family yang datang untuk berendam dalam air sejuk dan bbq. Kalau korang tahan sejuk, boleh la datang pagi-pagi, confirm tak ramai orang. Tapi ketar-ketar weh mandi air bukit!

5. Spritzer EcoPark

Siapa yang tak kenal dengan brand air mineral Spritzer kan? Spritzer telah membuka Spritzer EcoPark pada 8 Julai 2015 yang menggabungkan keseronokkan, pendidikan dan warisan di dalam satu tempat. Kami sarankan korang datang dengan family dan kawan-kawan sebab ada banyak aktiviti yang korang boleh buat dekat sini  seperti Signature Hole Golf, padang Golf Mini 18 lubang, Discovery Tunnel dan tempat khas untuk anak-anak hasilkan craft dari barang-barang terbuang. Menarik kan?

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Taiping especially tempat makan. Lain kali kami share lagi ye? Kami sangat-sangat encourage korang untuk melancong dan bercuti di dalam negara jika masihh belum direzekikan ke luar negara sebab di Malaysia sendiri ada banyak tempat yang korang boleh explore. Selamat Cuti-Cuti Malaysia, korang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *