“One day you’ll wake up and there won’t be any more time to do the things you’ve always wanted. Do it now”. – Paulo Coelho
Kalau kita follow rapat trend travel sekarang, kita akan nampak peningkatan trend female travel. Female travel ni tak semestinya bergerak sorang diri tanpa kawan walaupun ada yang buat; tapi kebanyakannya akan bergerak dalam kumpulan, dengan kawan-kawan baru. Kami selalu berharap yang one day kita tak perlu pun search apa negara-negara selamat untuk kita travel. Tapi, sebelum itu jadi realiti, takkan lah kita tak nak travel dan experience benda baru kan. Jadi, kami dah listkan 5 negara yang selamat untuk kita yang gegirls ni pergi.
Finland ni telah dinobatkan sebagai negara nombor 1 paling di World Economic Forum dalam Travel and Tourism Competitiveness Report. Jadi, untuk girls yang nak bergerak solo atau gerak dalam all-females-group, boleh masukkan Finland dalam destinasi korang.
Finland ni sangat sesuai untuk nature lover, yang nak main salji (di sini cost nak main salji lebih murah berbanding tempat lain) dan untuk yang nak kejar aurora.
Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara America yang lain, Canada ialah negara paling selamat especially untuk females.
Di Canada ada banyak jenis landscape yang menarik termasuklah hutan, gunung bersalji dan lakes yang boleh korang add dalam bucket list tu.
3. NEW ZEALAND
New Zealand ialah negara ke-4 selamat menurut survey oleh Institute for Economics and Peace.
Negara ni dikenali sebagai Middle Earth untuk peminat Lord of The Rings dan sangat sesuai untuk sesiapa yang suka kan adventure, sukan dan nature. New Zealand terbahagi kepada dua iaitu North Island di mana kita akan jumpa pantai-pantai yang lawa, gunung berapi dan tasik-tasik. Tetapi kalau kita ke South Island, kita akan jumpa salji, glaciers dan laut lepas yang ada ikan paus!
Uruguay mempunyai kadar jenayah terendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara Amerika yang lain. Jadi, InsyaAllah akan selamat di sini.
Uruguay ni ialah negara kecil sebelah Brazil yang penuh dengan history. Di sini korang boleh melawat pantai, monument dan beberapa tempat lain yang tenang untuk berehat.
Switzerland ialah negara ke-7 paling selamat menurut Global Peace Index (GPI). Jadi tak hairan lah ramai female traveler yang pilih Swiss sebagai salah satu destinasi percutian.
Switzerland ni terletak di tengah-tengah Europe dan di negara ni ada banyak yang kita boleh explore. Antara sebab kenapa ramai ke Swiss ni ialah kerana nature dan view nya yang sangat breathtaking.
Dah boleh lah start plan nak ke mana nanti kan? Plan wisely dan make sure korang search tempat-tempat yang korang nak pergi tu. Buat research naa. Semoga perkongsian kami ni bermanfaat kepada geng-geng girls dekat luar sana.


