Biasa kita diajukan persoalan “selamat ke pergi sana?” apabila kita memberitahu kita akan mengembara ke negara yang kurang popular, so called ‘rare’ dalam kalangan orang Asia. Negara Iran tidak terkecuali, dek kerana mempunyai reputasi yang menyokong keganasan, fahaman shiah yang menakutkan golongan Sunni, tambahan dengan liputan media yang tidak berkesudahan mengenai program nuclear Iran.
Lumrah, fikiran kita mudah dimanipulasi oleh media barat yang memonopoli berita global sehingga kita berlebih-lebihan dalam meragui keselamatan melancong di negara tersebut. Sama juga dimana-mana, masyarakat kita lebih cepat melatah apabila mendengar berita buruk. Betul tak? hiks. Saya telah ke Iran beberapa kali, dan terus-terusan jatuh cinta dengan suasananya, kemesraan orangnya, seni dan sejarah Parsinya. Alhamdulillah, dibawah jagaanNya, saya dan travel buddies selamat pulang semuanya malah mengalami pengalaman yang sangat membuka mata & minda!
“When I have doubt, I explore”
Travel travel juga. Walau kemana pun, keselamatan tidak boleh diambil ringan. Malang sentiasa tidak berbau. Disini saya ringkaskan panduan keselamatan mengembara negara Iran, samada secara solo atau kumpulan kecil.
“Malang sentiasa tidak berbau”
1) Ambil lokal tour guide
Adalah lebih menyenangkan untuk mengembara Bersama penduduk tempatan yang mampu berbahasa Inggeris yang mengenali selok belok negaranya. Ambil seorang yang dapat review yang bagus dari pelancong asing. Kita juga tidak keseorangan bila ke lokasi-lokasi yang jauh dari Bandar. Ini dapat menjamin keselamatan kita di tempat terasing dan kurang orang; seperti di Abyaneh Village / Kandovan / Padang Pasir. Boleh sahaja ambil servis mereka hanya untuk lokasi-lokasi jauh diluar bandar.
mengembara Bersama penduduk tempatan
2) Maklum keberadaan anda pada Kedutaan
Maklum Tarikh travelling anda pada kedutaan Malaysia di Iran melalui e-mail. Dalam masa yang sama, sentiasa bertanyakan tentang keadaan dan keselamatan disana sebagai langkah berjaga-jaga.
3) Kenali orang tempatan
Cara santai, kenali orang tempatan, Kita boleh berhubung dengannya dari masa ke semasa untuk mengetahui perkembangan keselamatan disana dengan benar sebelum kesana. Media global memang tidak boleh percaya, banyak bias disitu. Apa guna ada social media? Cari dan kenali mereka. Saya ada mengenali beberapa Iranian girls di Instagram. selalu juga saya bertanya khabar dan keadaan di negara mereka sebelum membawa rakan-rakan travel lain kesana.
4) Kaji Kawasan yang dilawati
Kadang-kadang ada dengar berita rakyat berdemonstrasi, ada riots dan sebagainya dari media. Kaji Kawasan tersebut. Kadang-kadang ia tidak berlaku di Kawasan tempat kita bakal lalui. Jadi tiada masalah jika tidak melalui Kawasan yang kurang stabil keadaanya. Sahkan kawasan \’panas\’ juga dengan kedutaan dan orang lokal yang telah anda kenali.
5) Menghormati Fahaman Mereka
Jika ingin melakukan solat di ruang solat/ masjid mereka, hormati fahaman mereka. Solat lah cara kita secara bersendirian. Jangan pula berjemaah beramai-ramai di Masjid mereka. Mereka tidak suka. Seakan tidak menghormati fahaman mereka yang berlainan dengan kita. Kita ni tumpang ruang solat orang, jadi fikirlah sikit. Jangan berkelakuan yang tidak wajar dan tidak beradab. Bila kita baik dan beradab, tentu orang lain akan baik dan hormati kita juga.
“Just keep low profile”
6) Travel berteman
Kalau jenis solo, carilah solo traveller lain yang boleh ke satu tempat terasaing, jauh diluar bandar bersama. Selain dapat menjaga keselamatan satu sama lain, dapat juga sharing kos. Bukan itu sahaja, travel berteman ni boleh membantu satu sama lain disaat emergency. Boleh jadi backup tunai in case of emergency. Boleh jadi backup untuk komunikasi.
***
Masyarakat kita lebih cepat melatah apabila mendengar berita buruk. Walhal kita digalakkan mengesahkan kebenaran berita sebelum menerimanya bulat-bulat. Teliti kebaikan dan keburukan, baru menilai. Pergi, cuba, lihat, rasa sendiri. Baru tahu, baru dapat sahkan berita yang sering kita dengar.
Saya tidak percaya satu minit pun bahawa Iran adalah satu tempat yang bahaya untuk travel sebelum saya decided untuk kesana dan apa yang boleh saya simpulkan adalah Iran TERBUKTI menjadi salah satu negara yang selamat untuk pergi melancong.
Saya ingin mengajak masyarakat kita untuk kurangkan melatah, dan buka minda sebelum menilai melulu. Kalau rasa prajudis terhadap sesuatu tempat, mengembara kesana. Saranan saya, jangan takut untuk ke Iran dan gunakan peluang sebaiknya untuk belajar cara hidup orang lain yang berlainan budaya, mazhab dan pemikiran. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan pengajaran.
***
Yang nak ke Iran bersama kami, boleh join Tarikh Open Trip sedia ada:-
7D6N IRAN PREMIUM TOUR (Basic route) – RM2,600/pax
8 – 16 Jun 2019 (Summer)
7 – 13 Jan 2020 (Winter)
11 – 17 Apr 2020 (Spring)
8D7N IRAN DESERT TOUR (New route) – RM2,800/pax
24 Oct – 1 Nov 2019 (Autumn)
Klik Whatsapp untuk contact Saya ya! See Ya!


