Pengalaman menjejakkan kaki di negara cantik penuh kisah duka itu akhirnya meninggalkan saya dengan 1001 perasaan dan pelajaran. Jujur, pada hari terakhir di Bosnia pun saya personally masih speechless dengan kisah yang saya pelajari. Jika ada yang bertanya “Perlu ke lawat Bosnia?” Jawapan saya tentu “Ya!”. Dengan terlalu banyak kisah dan keindahan Bosnia ni, kami Travel Treasure buka group khas ‘Bosnia and Only Bosnia’ untuk orang ramai sertai. [ Tarikh-tarikh trip disini ]
Kami boleh simpulkan ada tiga perkara menarik untuk diselami dan terokai:
- Sejarah lama (tinggalan Turki Uthmaniyyah),
- Sejarah yang masih baru dan ‘segar’ (Perang Bosnia),
- Bentuk muka bumi yang subhanAllah amat cantik setanding negara-negara eropah besar yang biasa kita dengar.
Namun kalau nak ke Bosnia, tak sah kalau tak tahu sejarahnya. Orang kata, mengembara tanpa tahu sejarah tu sia-sia. Betul tak? Jadi disini nak ringkaskan sejarah Bosnia untuk penghayatan bersama.
mengembara tanpa tahu sejarah tu sia-sia.
Untuk pengetahuan am, secara geografi, Bosnia adalah antara negara di daerah Balkan dalam benua Eropah Selatan Timur yang mana majoritinya adalah Muslim. Islam dibawa semasa penghijrahan Sufism (ahli Tarikat) Turki ke Bosnia. Mendapat sentuhan Turki Uthmaniyyah di zaman silam, saat itu seperti kebanyakan negara islam yang mendapat sentuhan Uthmaniyyah, teknologi dan kepakaran pada zaman itu memang tidak dinafikan amat menakjubkan.
Selepas perang dunia kedua (1939 ~ 1945), Bosnia telah dijadikan negara pemerintahan Komunis (semasa itu tak ada negara Indipendent Bosnia tapi ia berada di bawah wilayah Yugoslavia). Setelah itu seperti kebanyakan negara Islam Eropah lainnya, Bosnia mula menjadi sekular dan memisahkan agama dari kehidupannya. Almaklumlah 100 tahun orang Bosnia ketinggalan agama. Mereka tiada undang-undang Syariah. Mereka masih ada mentality Komunis kerana lama berada dibawah penjajahan Yugoslavia. Muslim Bosnia yang benar-benar praktis Islam kini boleh dikatakan hanya sebahagian kecil. Hanya 10%. Wallahu a’lam.
Berbalik pada sejarah, selepas Komunis jatuh sekitar 1980an, Yugoslavia terpecah kepada beberapa negara iaitu Serbia, Croatia, Bosnia, Macedonia, Slovenia dan Montenegro. Namun mereka semua ni masih berada di bawah pemerintahan wilayah Yugoslavia. (Bahasa mudahnya enam negara ni macam negeri, Yugoslavia adalah negaranya).
Yugoslavia ni mende? Yugoslavia ini sebuah kerajaan ditubuhkan tahun 1918 oleh negara Croatia-Slovenia-Serbia dan selepas perang dunia kedua bertukar menjadi republik Komunis, Josip Broz Tito pemimpinnya (selit: ada Bunker Tito di Serbia kalau nak lawat sana). Yugoslavia ni awalnya negara diktator yang makmur dan terbuka. Pemimpian Tito ni memang hebat dapat satu padukan negara-negara ni. Yugoslavia bererti ‘tanah orang-orang Slavia Selatan’. Kelompok terdiri daripada etnik Croats (Katolik Roman), Bosniak (Muslim), Makedonia & Serbia (Kristian Orthodox). Selepas Tito meninggal, barulah haru-biru negara-negara ini. Kesepakatan susah nak dapat antara negara-negara berlainan bangsa & agama ni. Bahasa dan tulisan masing-masing pun dah sangat lain. Ape lagi idea pemerintahan. Jadi masing-masing mula fight untuk lepaskan diri dari pemerintahan Yugoslavia dan ingin merdeka. Serbia ni kuasa autonomi Yugoslavia, banyak tentera Yugoslavia juga adalah dalam kalangan bangsa Serbia. Parah. Memang kuat la mereka. Jadi Serbia tak puas hati lalu menyerang bangsa yang ingin kemerdekaan.
Pada awal 1990an, bermula episod rentetan peristiwa berdarah di bosnia. Masa tu beberapa negara dalam Yugoslavia mula berjuang untuk dapatkan kemerdekaannya (dan kemudian berpisah diri menjadi negara individu sendiri), dan yang turut mengikutinya adalah Bosnia pada tahun 1992. Penduduk muslim Bosnia dan segelintir bangsa Croats di Bosnia memilih untuk merdeka dan mendeklarasi negara Bosnia Herzegovina. Ini menimbulkan marah tentera Serba-Bosnia-Herzegovina (Republik Serpska). Bear in mind dalam bosnia sendiri memang ada tiga etnik sepertimana wilayah besar yugoslavia (bosnia, serbia dan croatia). Jadi kaum serbia sangat tak mahu bosnia jadi negara lain sebab etnik serbia juga berada dalam wilayah bosnia. Plus, Bosnia ini adalah ‘jantung’ kepada Yugoslavia. Sebab? Ia terletak strategik betul-betul di tengah jajahan Yugoslavia. Kata orang ‘hotspot’ bagi negara balkan. Ini menyebabkan bosnia menjadi rebutan semua. Senjata yugoslavia juga mainly berada di central Bosnia. Sekali lagi, perang di Bosnia Herzegovina berlangsung sengit dan kejam pada tahun 1992-1995 (4 tahun).
Perang yang asalnya dua segi (serbia vs bosnia+croatia) menjadi tiga segi (serbia vs bosnia dan croatia vs bosnia). Masa ni lah paling teruk sebab Bosnia dibantai oleh dua pihak; Serbia dan Croats. Apabila Serbia berjaya ambil 70% tanah bosnia, masa inilah Croats mula tikam belakang dan cuba merampas another 30%. Dan akhirnya Croats berjaya dapat 20%, yang tinggal. Dan masih survive menjadi milik Bosnia hanya 10%!
Perang berlanjutan selama 4 tahun, Bandar Sarajevo dahulunya hancur. Dalam tempoh 4 tahun perang, Bosnia bertindak bijak untuk survive dan terbinalah sebuah terowong bawah tanah (Tunnel of hope) yang hanya dibongkar oleh musuh setelah 4 tahun.
Kini Bosnia Herzegovina, berdiri sebagai negara merdeka dengan tiga presiden di dalamnya (bosnia, serbia dan croatia). Can you imagine a country with 3 presidents? Uniknya tiga bangsa ini ada tiga sistem sendiri yang berdiri di bawah satu negara. Macam ada tiga daerah dan tiga kuasa dalam satu negara. Orang Bosnia sendiri mengeluh dengan kesukaran diperintah 3 presiden yang saling bertukar-tukar pimpinan federalnya setiap 8 bulan. Apa-apa projek pembangunan negara sentiasa ada halangan dengan pimpinan yang sentiasa rotate.
Kini walaupun setelah lebih 20 tahun, peristiwa berdarah di sana, parut-parut peperangan itu masih ada dalam kalangan orang Bosnia. Kesan bangunan yang dibedil penuh kesan peluru, Sarajevo roses dan makam ribuan yang syahid dalam pembantaian etnik muslim bosnia, masih kelihatan. Malangnya bosnia kini, setelah lebih 20 tahun merdeka, sebenarnya masih tidak mendapat kemerdekaan yang sebenarnya, kerana pemerinatahan yang masih pecah.
Dahulu semasa perang mula berlangsung, dikatakan banyak orang bosnia yang tersasar jauh dari islam mula kembali ke pangkal jalan. Namun usai perang tamat dan bosnia mula dibangunkan semula, mereka akhirnya kini, mengalami arus modenisasi dan kembali jatuh di takuk lama. Hanya sedikit bosnia yang masih berpegang pada ajaran islam. Dalam 100% bosnia yang beragama islam, separuh tidak mempraktikkan islam. Kerana itu arak di mana-mana, solat masih ditinggalkan dan masjid di sana agak sunyi tak berpenghuni (tapi meriah dengan lawatan)
Agak sedih melihat situasi ini. Tapi begitulah di mana-mana pun keadaan umat islam yang teruk dijajah barat. Walaupun merdeka, mereka dijerat dunia. Kebanyakkannya terbabas dan tersasar jauh. Namun ada juga sisa baki sedikit yang masih mengamalkan ajaran islam sebenar.
Kita dapat lihat renteran peristiwa bosnia ini (dari zaman turki utmaniyyah, ke zaman sekular, komunis, perang bosnia dan kemudian kemerdekaan, lalu pemodenan), lukisan timeline ini hampir sama sahaja seperti kebanyakan negara islam lainnya. Ternyata jelas dengan kemerdekaan yang membebaskan kita dari penjajahan itu tidak menjanjikan umat islam bangkit dari terjajahnya jiwa dan pemikiran.
Kita mungkin mampu menghentikan peristiwa berdarah di mana-mana negara namun tidak akan dapat menyelesaikan persoalan akidah di dalam jiwa. Kerana itu setelah semuanya selesai, Bosnia yang dahulu hebat dengan Pimpinan Uthmaniyyah, seperti yang lain juga, mula tenggelam semula.
Berminat Jelajah Bosnia dengan mendalam? Sertai kami [Klik] :-

Perang Bosnia dan pertumpahan darah dapat dielakkan jika Presiden Bosnia Alija pada masa itu tidak menarik balik perjanjian damai yang ditandatangani oleh ketiga-tiga pihak, Presiden Serbia, Slobodan Milosevic membenarkan Bosnia untuk berpisah dari Yugoslavia dengan syarat wilayah majoriti etnik Serb tetap menjadi sebahagian dari Yugoslavia. Ini kerana etnik Serb majoritinya beagama Kristian Ortodoks tidak mahu dibawah pemerintahan pemimpin Islam. Mereka mempunyai sejarah pahit di bawah pemerintahan Islam Empayar Uthmaniyyah.
That’s very enlightening sharing! Sekarang saya lebih faham. Terima Kasih! 😉