Nothing Brings People Together Like GOOD FOOD
Salah satu challenge untuk kita sebagai orang Islam bila travel ke luar negara ialah mencari makanan yang halal. Walaupun sekarang dah agak senang jumpa makanan halal di luar negara sebab orang Muslim dah ada di merata pelusuk dunia, cuma kalau korang pergi ke tempat yang Muslim minoriti atau tak ada orang Muslim, korang boleh try tips kami untuk menentukan ke-halal-an makanan korang.
1. Logo Halal
Ni paling senang la kan. Once korang nampak logo Halal, insyaAllah halal dan diiktiraf oleh negara berkenaan.
2. Takde Logo Halal Tapi Restaurant Claim Guna Daging Halal
Yang ni korang kena buat homework sikit. Kalau korang dah Google dan dah confirm yang owner dia Muslim dan pekerja dia Muslim, korang boleh trust yang sumber daging dan lain-lain yang diorang guna memang halal. Tapi kalau korang nak tambahkan keyakinan, boleh mintak certificate barang-barang yang diorang guna dan selalunya diorang happy je nak share dengan korang.
3. Mix Makanan Halal Dan Haram
Okay, yang ni tricky sikit. Kebiasaanya dekat Europe korang akan jumpa banyak kedai macam ni. Restaurant claim diorang serve halal meat tapi dalam masa yang sama serve alkohol. Kadang-kadang diorang serve pork jugak. Kalau situasi macam ni, sama macam di Malaysia, cuba cari restaurant halal lain yang berhampiran. Doa banyak-banyak moga Allah bantu. Tetapi, kalau dah takde sangat, korang boleh tanya pasal kitchen diorang dan selalunya diorang ada separate kitchen untuk halal dan non-halal. Dan, kalau korang yakin, boleh lah makan di restaurant tu.
4. Daging Kosher
Kalau korang plan nak masak atau jumpa restaurant yang serve daging kosher, kita boleh consume makanan tersebut. Daging kosher ni disembelih dengan peraturan yang agak ketat mengikut orang Jewish.
5. Seafood
Kebiasaanya kita akan pilih seafood kan? Kita kena beringat di negara barat, seafood pun diorang masak dengan alkohol. Korang boleh tanya apa ingredients yang diorang masukkan, bagitau korang orang Islam dan tak boleh ambil alkohol atau mintak diorang skip alkohol, cakap je korang alergik kepada alkohol.
6. No Pork No Lard
Bukan di luar negara, di Malaysia pun banyak kita tengok restaurant dengan ‘No Pork No Lard’ ni kan? Restaurant macam ni tak halal sebab kita tak tahu apa yang dia guna, cara sembelihan dan macam-macam lagi. Avoid restaurant macam ni.
Apa yang kami listkan ni adalah generak guideline untuk korang. Zaman sekarang ni, kami sangat-sangat tegaskan korang Google dulu restaurant atau makanan di tempat yang korang nak pergi tu. Kalau boleh pergi pasar segar dan masak sendiri adalah lebih baik. Nak bawak instant food dari Malaysia pun okay, cumanya hilang lah nikmat merasa makanan lokal.
Hopefully apa yang kami kongsi harini bermanfaat kepada korang yang akan travel dalam masa terdekat ni.


