“The world is a book and those who do not travel read only one page.” – Saint Augustine.
Asia Tenggara merupakan rantau yang sangat kaya dengan warisan budaya dan sangat unik. Kalau korang memang suka cultural thing, kami ada beberapa tempat yang sesuai untuk korang visit. Nak tau apa? Jom, sambung baca~
Melawat pasar terapung di Thailand

Thailand terkenal dengan pasar terapungnya, di mana penjual menjual segala-galanya dari hasil bumi segar hingga barang-barang kraf buatan tangan dari bot di sungai. Pasar terapung Damnoen Saduak di Bangkok adalah salah satu pasar yang paling terkenal, tapi banyak je lagi pasar lain yang korang explore.
Mencuba street food di Vietnam

Vietnam street food sangat terkenal dengan citarasa yang bold dan menggunakan bahan-bahan segar. Korang boleh explore street food ni di bandar-bandar seperti Hanoi atau Ho Chi Minh City dan wajib cuba hidangan tempatan seperti pho, banh mi, dan bun cha.
Menghadiri pertunjukan water puppet show di Vietnam

Water puppet show merupakan bentuk hiburan tradisional Vietnam yang sudah ada berabad-abad lamanya. Puppet dikawal oleh dalang di belakang skrin sambil beraksi dalam kolam air, dan pertunjukan sering menggambarkan adegan kehidupan di kawasan desa.
Melawat bengkel Batik di Indonesia

Batik adalah seni tekstil tradisional Indonesia yang melibatkan pewarnaan kain dengan lilin untuk mencipta corak yang rumit. Melawat bengkel Batik di bandar-bandar seperti Yogyakarta atau Solo untuk melihat proses mencanting batik dan korang juga berpeluang mencipta rekaan Batik korang sendiri.
Experience menginap di homestay (+ host) di Cambodia

Penginapan bersama keluarga tempatan adalah cara yang baik untuk experience budaya lokal dan keramahan mereka. Korang boleh pilih homestay di kampung-kampung luar bandar dan tengok sendiri kerajinan diorang semasa menenun sutera atau menanam padi.
Overall, korang tak perlu travel jauh-jauh. Asia tenggara sendiri ada banyak budaya yang korang boleh explore. So, next time bila korang plan nak jenjalan, masukkan lah negara-negara di Asia Tenggara. Silap-silap banyak boleh jimat bajet bila travel di kawasan kita-kita ni.