Travel Treasure

blog

PERCUTIAN DI ASIA TENGGARA YANG MURAH

Travel is the only thing you buy that makes you richer.

Siapa yang follow Facebook dan Instagram kami, dekat sana kami selalu kongsi pasal travel ke liar negara yang jauh-jauh seperti Europe dan Scandi. Dengan ekonomi sekarang ni, mungkin ramai yang nak pergi travel tapi nak yang bajet-bajet dan murah-murah. Sebenarnya ada je yang masih consider murah untuk travel iaitu di Asia Tenggara (masih overseas kan?). Kalini kami nak share beberapa tempat dan negara yang korang boleh cuba usha kalau nak travel bajet-bajet ke luar negara.

1. Bali, Indonesia

Bali ni terkenal dengan tropical paradise. Bayangkan air laut dia yang jernih sambil santai-santai minum air kelapa, memang layan kan? Selain daripada pantai, Bali sangat terkenal dengan budaya dan agamanya. Korang boleh tengok tarian Kecak yang popular di sana. Bali ni jugak boleh dikatakan tempat yang romantik untuk korang nak datang honeymoon.

2. Yogyakarta, Indonesia

Kalau korang memang orang yang sukakan nature dan suka explore sesuatu kawasan, kami recommend korang ke Yogyakarta. Di Yogyakarta ada hutan pine, gunung berapi yang masih aktif, gua dan tapak Warisan Dunia UNESCO. Korang boleh explore tapak arkeologi terkenal di Indonesia iaitu Borobudur sdan Prambanan yang magestic.

3. Bangkok, Thailand

Bangkok ni dari dulu jadi favourite orang Malaysia kalau nak berjalan. Dah sampai sini korang memang patut makan tomyam diorang, dah la sedap, isi banyak, murah pulak tu. Jangan lupa datang ke market paling besar iaitu Chatunchak Market dan Pratu Nam market. Agak heaven jugak la nak bershopping dan lepas shopping boleh la layan Thai massage pulak. Sedap oi!

4. Siem Reap, Cambodia

Hanoi ni agak busy sikit sebab ibu negara Vietnam. Korang kena la biasakan diri dengan motosikal yang menggila dan penjual jalanan sebab memang banyak dan inilah salah satu personaliti unik Hanoi. Kami recommend untuk korang ke Hanoi Train Street di mana train akan lalu di satu jalan yang sangat lah sempit. Kalau depan-depan rasa macam sikit lagi nak berlanggar dengan bangunan di tepi-tepi. Seriau!

5. Hanoi, Vietnam

Siem Reap, 2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, agak dekat la kan, tak sempat nak boring dalam flight tu. Kebanyakan orang datang sini nak tengok kuil purba yang ada seperti Angkor Wat. Selain kuil ni, ada banyak je lagi aktiviti yang korang boleh buat sebab night life dia agak meriah jugak. Korang boleh try masakan lokal Khmer.

Sebenarnya tak kisah la korang travel ke mana je, bajet-bajet atau tak-kisah-bajet, yang penting experience sebab itu paling mahal setiap kali korang travel. Semoga dengan lebih banyak travel akan menjadikan korang individu yang lebih baik, berfikiran terbuka dan unik. Kita jumpa lagi next week!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *