Travel Treasure

blog

[Travelog] SEOUL KOREA MUSIM BUNGA 2018

Bertemu kembali dalam blog yang berdebu ni. hiks. Terasa ingin berkongsi pengalaman Seoul Trip Musim Bunga pada tahun 2018 dengan geng travel baru dan sangatlah sporting, mashaAllah. Rezeki kan dapat geng travel yang best-best ni. Entry ini lebih kepada nak kongsi secara ringkas ulasan trip ini. Maklumat tentang tempat tarikan akan dikongsikan dalam entry asing ya.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dari sebelum trip sehingga habis trip. Perancangan trip yang tersusun rapi dan lancar ni memang keutamaan Travel Treasure. Tak tengok lain dah! Ini kita jaga dulu macam baby. hiks.

Terima kasih dan takziah buat arwah Azrul, Malaysian yang tinggal di Seoul, yang menguruskan trip kami disana. Beliau meninggal secara tiba-tiba 2 bulan selepas trip. Al-Fatihah buat Arwah dan Keluarga. Terkejut dan sebak dengan berita. Arwah sangat baik dengan kami dan semoga Allah menempatkan beliau ditempat yang baik.

Open Trip berlangsung pada 9 -13 April 2018 (Musim kemuncak Spring) selama 5 Hari 4 Malam.

Klik : Sertai kami untuk Trip Seterusnya

HARI PERTAMA

Pilihan Penerbangan

9 daripada kami menaiki Korean Air dan 3 lagi menaiki penerbangan Air Asia. Saya juga turut menaiki Korean Air untuk mendapatkan pengalaman mencuba airlines selain AirAsia. Best tentang Korean Air pada saya adalah design warna baju pramugari dan makanannya! Tak best sebab takda in-flight entertainment movie yang updated. Seat comfort and spacing ok jer.

Sebelum beli tiket Air Asia, daftar dahulu BigPoint untuk dapat banyak kelebihan!

Kami 12 orang bertemu di Incheon Airport, Seoul pada pagi 9hb pukul 8 pagi. Dijemput oleh tour guide kami terus dari Airport dan ke Hotel untuk letak bagasi.

Travel Buddies

Disini saya nak perkenalkan mereka setiap seorang. Biar mereka semua tersemat dalam ingatan. hiks. Dari kiri Madie, Meera, Meeza, Nazihah, Hawa Nafiah, Nurashikin, Aishah Hani, Nahariah, Noraziah, Farizatul Aila, Siti Aishah and Lastly Siti Fatimah. Sebenarnya Seoul trip ini adalah trip pertama Travel Treasure, dan tak sangka sambutan yang sangat mengalakkan dalam masa 3 bulan kami Open Trip pada umum. Terima Kasih semua kerana memberi kepercayaan pada Travel Treasure.

Selepas drop bagasi dan refreshed muka di Hotel, kami terus bergerak ke kedai \”Makan Restaurant Korea Halal Food\”  di Itaewon untuk Lunch. Excitednya sis! hiks. Suka sangat makanan korea yang kebanyakkan masam, pedas dan panas. Nama kedai tu memang namanya MAKAN. Bila orang tanya, kita jawab gitu orang macam xfaham. pulakkk. Disini masing-masing bebas memilih menu yang kena dengan selera tekak masing-masing. Tiada paksaan dalam makan. hah! Ada yang order gambar dibawah ni, ada lagi order menu lain. Tapi sebab saya lapar sangat, tak menyempat ambil semua gambar makanan. Yang best dengan trip Seoul Travel Treasure ni, all meal cost included! Jadi tak perlu pening keluarkan duit poket nak bayar selepas makan.

Klik : Sertai kami untuk Trip Seterusnya

Lepas kenyang makan baru lah happy senyum cenggini nak pusing bandar Seoul pulak.

Gyeongbukgung Palace

Destinasi tarikan pertama kami tentulah istana Gyeongbok. Kawasan Istana ni terlalu besar seluas 210m per segi dan ada beberapa kompleks. Bangunan utama terdiri dari Istana Gyeongbok termasuk Geunjeongjeon. Ada juga ruangan lain, iaitu Ruangan Takhta Raja dan Dewan Gyeonghoeru yang memiliki kolam bunga teratai. Kami habis masa disini agak lama berbanding di Destinasi Tarikan lain di Seoul pada hari pertama, iaitu dalam lebih kurang 2 jam. Terlalu banyak seni binaan dan ukiran yang menawan untuk dinikmati.

\"\"

Ini saya lampirkan rangka kawasan istana. Bayangkanlah betapa luasnya kawasan ini, dan terlalu banyak tempat bergambar. hiks. Didalam kawasan istana ini juga ada 2 jenis muzium. Bagi peminat muzium, jangan lupa singgah tau.

\"Gyeongbokgung

Gwanghwamun Square

Selepas 2 jam dalam Gyeongbokgung Palace, kami berjalan santai ke Gwanghwamun Square untuk melihat monumen Sejong dan beristirahat duduk-duduk sambil rendam kaki di Cheonggye Stream yang sejuk menyegarkan itu. Memang segarrr terus kaki nak melangkah selepas tu! hiks.

Seoul N Tower

Hampir lewat petang, at sunset, kami ke Namsan Tower. Dapatlah melihat pola perbandaran Seoul dari view setinggi 236m. Lalu mendaki lah kami dengan cungap-cungap untuk sampai ke ruang pengunjung tower.  Diatas deck tower ni, ada jual pelbagai cenderahati yang cantik designnya. Saya sempatlah membeli beberapa keping poskad dan setem. Seperti biasa, kirim poskad ke diri sendiri dan kawan-kawan di Malaysia. Memang gitu adat saya berjalan. hiks.

Disini juga famous orang beli mangga, tulis nama orang yg dia ada crush, lepastu lock dekat grill tersedia. Memandangkan grill tu da penuh, ada yang lock dekat macam-macam tempat pelik-pelik seperti ranting pokok. Menarik disini dapat melihat kreativiti orang pelbagai mencorakkan mangga dan meluah nota cinta masing-masing. Lawak gila bila baca. haha

HARI KEDUA

Nami Island

Harini kami sepenuh hari di Nami Island. Hari kedua ini, cuaca just nice about 16 deg C, sunny and chilly. Perfect for strolling on a small island! Perjalanan kami menaiki private minibus ke Nami Island (63KM) tidak lah lama seperti menaiki pengangkutan awam. Perjalanan kami memakan masa hanya sejam setengah saja dari Hotel untuk tiba di Feri jeti. Kami menaiki feri untuk ke pulau. Selain feri boleh cuba zipline.

Setelah beberapa minit atas Feri, akhirnyaaaaa…… Welcome to Nami Island!

\"\"

Sampai sahaja di pulau, seperti biasa kita isi perut dahulu baru sedap nak buat aktiviti lain. Hiks. Untuk hari kedua, kami lunch di Nami Island sahaja. Nama kedai halal \”Asian Cuisine\”. Nami Island ramai dipenuhi pengunjung hari itu, Tour Guide kami sudah siap reserve table dan pesan makanan sejurus kami diatas Feri lagi, jadi kami tidak perlu tunggu meja kosong ada untuk menjamu selera. Sampai je kedai, beberapa minit terus dihidang tanpa perlu menunggu lama. Jimat masa disitu. Taklah perut meroyan. Ini antara menu yang kami pesan. Menu ayam tu memang sedap! dimakan dengan nasi panas memang ummph!

Klik : Sertai kami untuk Trip Seterusnya

Berbasikal di Nami

Nami Island ni besar juga pulau dia dari hujung ke hujung dalam 5km diameter luasnya. Berbaloi lah kami sebab seharian di sini. Apa aktiviti kami lakukan? Kami menyewa basikal untuk pusing pulau ni. Harga sewaan 1 jam bagi basikal biasa adalah KRW 4,000 manakala bagi basikal electric tri-cycle adalah KRW 8,000. Bermula dari kedai sewa basikal, kami bergerak ke Ostrich farm, lepastu terus kayuhan ke padang lapang dengan pokok rimbun yang damai, kemudian terus kayuhan ke tepi pulau. Mengayuh perlahan mendengar bunyi air sungai dan membiarkan angin lembut menyapu muka. Subhanallah atas nikmat kedamaian pulau ini. Saya telah travel ke merata tempat, for me personally, Nami Island is still a \’wow\’, sebab dalam bandar sibuk itu, ada pulau yang terasing diatas sungai lebar yang terasa tenang dari hiruk pikuk kota. Saya memang seronok dapat tengok banyak pokok-pokok dan binatang yang dibela disana.

 

\"\"

Makanan Ringan

Selepas penat mengayuh, kami lepak bersama di Food Corner trying all kinds of good snacks available on the island.

Kami mencuba steamed red bean bun. Basically macam pau kacang merah kat Malaysia. Sama je rasa dia, cuma kat sini roti dia gebu dan lembut semacam. Ia distim dengan cara tradisional iaitu menggunakan kayu api sebagai bahan api. Harga KWN 1,000. Lebih feel dimakan sambil bawa basikal keliling pulau. Itupun kalau pandai kayuh sebelah tangan. hahaha

Kedua, kami mencuba Hotteok. Sejenis pancake yang digoreng. Rasanya manis, diisi dengan gula perang, ditabur seed macam kuaci dan kacang. Harga KWN 1,500.

Ketiga, kami mencuba Pajeon, sejenis korean Pancake savory. Ada sotong, ada udang kecil, ada daun bawang dan sayur-sayuran. Macam cucur udang di Malaysia pun ada. Tetapi korean cicah soy sos. Kalau bawa sos cili Life or Maggi sendiri lagu ummph kot. Haha. Tekak melayu sangat! hiks.

Klik : Sertai kami untuk Trip Seterusnya

HARI KETIGA

Taman Tema Everland

Hari ketiga kami berada satu hari penuh di Everland wonderland!! I was soo excited guys! I think theme park does bring kiddish vibe to visitors. Hah! #itwasnotme

#TravelHacks : Book your 1 Day Pass here from Klook (MYR 123) or Kkday (MYR 63) coz the original price is KRW 56,000 (MYR 196). You really save a lot! Apa yang menarik tentang Klook is you can cut the long queue!

Before I came here, I was like \”ala must be boring. Tempat budak-budak. I\’m reaching 30s. Urgh so not my place\”. But then all my energy hyped up when I saw the majestic buildings and colorful decorations! Hahahaha it was a real fantasy! Theme park ni besar guys. Jangan main-main. Kalau boleh luang 5-6 jam disini seperti kami. Barulah berbaloi.

Klik : Sertai kami untuk Trip Seterusnya

Tulip garden

Kerana saya bukan Adrenaline junkie so yang best for me about Everland is the FUN ambiance, music, moderate rides, outdoor games, zoo, buildings and gardens! #macammakmak . Yang bestnya is their Tulip Garden! Kebugarannya tersangat helok. Masa saya ke Seoul ketika itu, memang musim Tulip. Tulip mekar bermula dari akhir March ke awal April. Memang beruntung sekali travel Seoul Trip Musim Bunga.

Peruntukan Masa di Everland

Saya dapat tahu kebanyakkan travel agensi hanya peruntuk kurang dari 4 jam disini. Amatlah rugi kalau luang masa sebanyak itu, sebab Everland ni terlalu banyak rides, games, tarikan, performance untuk dinikmati. Tak termasuk lagi, masa terbuang dibarisan panjang untuk those rides yang famous. Let\’s not waste Seoul Trip Musim Bunga ini.

Klik : Sertai kami untuk Trip Seterusnya

Di Everland ni, yang halal dimakan hanyalah Shrimp Burger. Boleh ke Burger Cafe America. Boleh tahan sedap! Cuma itulah, tidak la rasa kenyang sangat. Jadi dinasihatkan bawa bekal makanan sendiri.

Masjid Itaewon

Selesai berhibur di Everland, kita akhiri dengan menunaikan solat Jama\’ di Masjid Itaewon. Sebagai muslim, elok kita melawat masjid sesuatu negara apabila mengembara. Yang berkemampuan, disarankan solat sunat tahiyyatul masjid. Bangganya saya dengan Masjid ini kerana mewakili muslim minoriti di Seoul. Pusat perkembangan ilmu Islam untuk komuniti muslim Seoul.

\"\"

Bila berdekatan masjid, tentulah banyak pilihan restoran halal disini. Untuk merasa masakan Korea yang halal, boleh ke EID Halal Korean Food. JJCM pun dah sampai kesini tau. Hiks. Ruang restoran ini agak kecil memuatkan hanya 25 – 30 orang. Jika ramai pengunjung, kena menunggu giliran. Tetapi tidak bagi kami, tour guide kami tahu masa tiba yang sesuai.

HARI KEEMPAT

Tak lengkap percutian kalau tak ke tempat shopping di Korea. Korea sememangnya terkenal dengan syurga beli belah terutama barangan kosmetik dan kecantikan. Hotel yang Travel Treasure pilih berdekatan Myeongdong, maka setiap hari pun kami ke Myeongdong berjalan kaki (kurang 1km) untuk survey harga dan mengenali barang-barang yang ada.

\"\"

Myeongdong terkenal dengan jualan barangan kosmetik. Pelbagai jenis brand dan produk kosmetik boleh didapati di sini. Selain kosmetik, pakaian berfesyen, cafe hipster dan makanan jalanan banyak dijual disini.

Biasakan dengar orang kata facial mask murah datang dari Seoul? Korang boleh dapat harga serendah KRW 1,000 untuk sekeping facial mask, dan KRW 10,000 untuk 5 keping. Ada mask sayuran la, mask buahan la, mask snail la, mask gold la. macam-macam.

Namdaemun Market pula merupakan tradisional market terbesar dan tertua di Korea. Pasar ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana barang-barang dapur, barang keperluan rumah, tekstil ada dijual di sini. Femes bagi pelancong adalah souvenir seperti brooch, keychain, dan fridge magnet.

Tempat shopping menarik sangat banyak di Korea. Dengan pakej #TravelTreasureXKorea , anda akan dibawa ke tempat-tempat shopping murah sahaja, tapi ada lebih banyak pilihan.

Klik : Sertai kami untuk Trip Seterusnya

Insadong

Tempat banyak barangan kraf tangan korea, kedai tembikar dan lukisan2 terutamanya di Ssamziegil.

Oh jangan lupa juga singgah Osulloc. Everything is Green Tea inside here, termasuk beverage, chocolate, kosmetik! Memang recommended.

Juga recommended here is Kklutarae, merupakan sejenis makanan tradisional Korea yang wajib dibeli buat buah tangan. Ianya dibuat menggunakan madu yang keras yang kemudiannya ditarik panjang dan dilipat sehingga menjadi berbelas ribu helai benang halus. Kemudian di masukkan inti sebelum digulung. Antara pilihan intinya ialah almond, walnut, peanut, black sesame seeds, chocolate, dan jugak kacang hitam. Rasanya sangat sedap dan tidak begitu manis. Saya ditawarkan untuk membeli 25 kotak dengan harga 18,000 won.

\"\"

Ha ini pula, kedai shawl di Insadong. Agak menarik. Lain fesyennya dari negara lain pernah saya jejaki. Ada identiti tersendiri.

Namsangol Hanok Village

Dengan masa berbaki, kami luangkan hari terakhir ini melawat authentic traditional Korean Houses . Semua rumah tradisi lama telah dipindahkan ke kawasan ini untuk memelihara keunikan budaya asal orang Korea, dan dibuka kepada pelawat untuk mendapat sekilas imiginasi tentang budaya purba Korean. Malah perabot asal purba juga masig dikekalkan dirumah-rumah tersebut. Seronoknya disini sebab tidak sesak dengan ramai pengunjung. Tak lah banyak photobomb.

\"\"\"\"

Sekian sahaja perkongsian Travelog Seoul Trip Musim Bunga dari saya. Menarikkan? Apa lagi? Book tiket dan explore Seoul! Terserah nak DIY atau ikuti Open Trip kami yang memudahkan anda.

Menarik tentang #TravelTreasureXKorea ini:

  1. Hotel 3 bintang yang selesa dan privasi.
  2. Hotel berdekatan dengan market terkenal Myeongdong, hampir setiap malam kami kungjung kesana.
  3. Private transport sepanjang trip.
  4. Local guide yang mengetahui selok belok Korea dan boleh berbahasa Korea dan Inggeris.
  5. Local guide dikenali penjual, dan kami tentulah mendapat best deal.
  6. Pakej Full-Board. Termasuk 3 kali meals sehari. Hanya perlu bawa budget shopping sahaja.
  7. Tiada tempat \”tourist trap\” seperti kedai National Ginseng Centre, Amethyst Factory, Seaweed Museum Seoul dan banyak lagi.

Untuk yang berminat, boleh whatsapp kami.

Terima kasih kerana membaca!

 

3 thoughts on “[Travelog] SEOUL KOREA MUSIM BUNGA 2018”

  1. Nahariah Abdullah

    The best ever travel in Seoul,Korea with you guys and of course manage by young lady,Maedi. All arrangement were superb especially in meal time. Well manage. Good job Meadi and your team traveltreasure.
    Nice to travel again in other destination with traveltreasure!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *