Travel Treasure

blog

\”YA, DUIT ITU PENGHALANG SAYA MENCAPAI IMPIAN\”

Keluhan

Seringkali saya dengar keluhan-keluhan bagi mereka yang teringin mengembara tetapi duit menjadi asbab impian untuk mengembara terhalang. Antara keluhan yang diajukan pada saya:

Travel kan perlu banyak duit, macamana duit itu bukan satu masalah?

Saya ada membalas beberapa keluhan untuk buat mereka fikir balik dan tanya diri mereka sendiri

adakah aku benar-benar nak mengembara?

Tak dapat disangkal,  orang yang mampu mengembara adalah orang-orang yang mempunyai kemahuan yang tinggi.

When there is will, there is a way

Do you know? Saya dah kenali ramai orang-orang muda yang mempunyai latarbelakang diri atau keluarga yang kurang mampu dari segi kewangan tetapi telah pergi mengembara, malah sedang mengembara sepenuh masa atau dalam jangka masa panjang. Mungkin ramai yang tidak ketahui orang-orang sebegini wujud! Sini saya listkan satu artikel tentang mereka yang boleh anda follow rapat di social media untuk korek rahsia mereka. Saya telah lama follow dan berkenalan dengan mereka untuk tahu rahsia bagaimana mereka melakukannya.

Baca: Dengan RM3K, Ini Cara Jaja Penuhi Impian Travel Solo 2 Bulan Di Korea Selatan

Baca juga: 9 Pengembara Wanita Malaysia Yang Best Dan Boleh Dijadikan Inspirasi Di Instagram

Mengembara itu Kemahuan

Mengikut pemerhatian saya, duit bukan lah punca utama menghalang. Keutamaan, keperluan, kehendak yang membezakan. Perkara yang setiap manusia beri keutamaan adalah berbeza-beza. Jadi sebenarnya tidak salah pun mereka mengeluh tiada duit, sebab mengembara bukan keutamaan/keperluan bagi mereka. Tetapi lebih kepada kehendak dan kemahuan. Sesuatu yang secondary atau tertiery bagi sesetengah individu.

Perkara yang setiap manusia beri keutamaan adalah berbeza-beza

Mengembara itu Keperluan

Bagi sesetengah kelompok pula, mengembara itu keperluan! Hukum wajib. Sasaran mereka jelas untuk merealisasikan impian mereka. Bagi kelompok sebegini, tiada apa boleh menghalang. Samada keluarga, duit, masa dan sebagainya. Semua mereka atasi asalkan impian dapat direalisasi. Mereka ada jadual tabungan, mereka ada baget kasar dalam kepala, mereka ada perancangan kalender tahun hadapan, Mereka mampu pasang strategi on how to make it work!

Nampak tak bezanya?

Semangat

Keperluan mencetuskan semangat. Oleh itu, dimana semangat tu datang? Semangat itu hanya datang bila kita betul-betul rasai kemanisan dan kepuasan dari perjalanan kembara sendiri. Kita mungkin seronok melihat rakan-rakan lain travel dan komen \”best siakk kau jalan\” \”Aku nak jalan juga\”, tetapi rasa itu mungkin takat disitu saja. Ia tak pergi kemana. Percayalah. Semangat to make it work itu datang bila kita betul-betul melakukan. Dan sekali kita lakukan, ia menjadi sesuatu ketagihan yang bermanfaat, seterusnya menjadi pendorong semangat untuk impian-impian lain.

Semangat itu hanya datang bila kita betul-betul rasai kemanisan dan kepuasan dari perjalanan kembara sendiri

Oleh itu, cipta la satu pengembaraan. Bina semangat berterusan darinya. Jika masih tak mendapat faedah atau perubahan diri dari pengembaraan, terserah samada ia bukan lagi suatu pelaburan untuk anda.

Semoga kita berselisih di jalanan.

Terima kasih kerana membaca!

M. –

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *