Travel Treasure

blog

9 MAKANAN TRADISI BOSNIA WAJIB DICUBA

Memandangkan tak lama lagi kita akan ke Bosnia Herzegovina dengan rakan baru, mari kita kongsi sedikit sebanyak tentang makanan tradisi Bosnia. Disini saya cuba senaraikan beberapa makanan tradisi dan popular  yang pernah saya cuba ketika lawatan ke Bosnia & Herzagovina tahun lalu (2017).

 

 

Bosnia Open Trip Itinerary, rujuk: 8D6N Bosnia Trip

 

Untuk trip November ini, kita ada extra 1 whole day free and easy di Bandar lama Sarajevo, maka berhabisan-habisanlah kita di kawasan bersejarah yang terdapat banyak deretan restoran, kedai kopi, kedai roti dan juga peniaga makanan tradisi jalanan Bosnia. Maka tempat ini memang tempat terbaik untuk merasai kepelbagaian makanan orang tempatan dalam satu lokasi.

1) Ćevapi

Cevapi

Kemungkinan hidangan paling popular Bosnia & Herzegovina adalah Ćevapi, iaitu daging lembu atau biri kisar dibentuk menjadi sosej dan dipanggang sebelum disumbat di dalam roti pita nipis (dipanggil Somun) bersama bawang besar dicincang dan sos cream masam. Bosniak menghidangkan makanan ini untuk lunch, dinner atau sebagai snack atau juadah ringan mereka. Satu hidangan ada 5-10 ketul sosej panggang. Daging di Bosnia sangat juicy dan lembut semacam. Rasa juga tidak muak. Cukup berperisa. Bagi yang gemar makan daging amatlah sesuai berfoodporn disini.

 

 

Harga: ± 3 – 5 KM

2) Burek

Burek Bayam

Burek ini asalnya dari negara Turkey , dibawa masuk semasa zaman taklukan Uthmaniyyah abad lalu. Dia macam pai putar berlapis-lapis yang penuh inti pelbagai- samada daging kisar, keju, bayam, kentang atau campuran semuanya. Ia juga dicicah bersama yogurt bagi orang tempatan. Burek ini agak berminyak sedikit, dan bagi yang on-diet, makanan ini tentu bukan pilihan anda. Hihi makanan ni bersepah-sepah boleh didapati di gerai jalanan atau kedai Bakery. Ada juga kedai yang special sedikit, Burek ini dibakar dalam oven menggunakan arang.

 

Cara nak makan seperti orang tempatan, pesan sekali dengan minuman Ayran. Sejenis susu masam sedikit manis.

3) Baklava

Baklava

Boleh dijumpai bersepah di bakeri dan dimana-mana restoran sebagai hidangan dessert. Kuih pastri manis yang berlapis, penuh dengan kacang kisar dan madu/gula manis. Ada pelbagai perisa Baklava, iaitu Sultana, Coklat, Epal atau Kayu Manis. Hidangan manis ini sesuai dinikmati dengan kopi pekat bosnia, jika ingin merasai pengalaman gaya Bosniak. Ini juga dari Turki yang dibawa masuk ke Bosnia berkurun dahulu.

4) Somun

Sejenis Roti Pita Bosniak, yang selalunya dihidangkan sebagai complementary dengan any order. Roti ini juga datang bersama Ćevapi. Menariknya, roti mereka gebu dan agak kenyal. Sedap dimakan begitu sahaja. Somun adalah makanan ruji mereka tidak kira waktu. Bagi orang tempatan, cara paling biasa makan Somun ini dengan cicah yogurt.

5) Begova Corba

Sejenis stew ayam bercampur sayuran, yang dimasuk lama di dalam clay pot. Dihidang bersama cream masam. Dikenali juga dengan nama Bey’s Soup, salah satu resepi peninggalan Uthmaniyyah. Bosniak selalu masak menu ini pada hari istimewa atau semasa sambutan festival.

6) Klepe

Salah satu makanan tradisi Bosniak iaitu Klepe, sejenis dumpling berintikan daging kisar. Lebih kurang macam ravioli di Itali cumanya lebih lembut. Dumpling bukan sahaja terkenal di Bosnia, malah di daerah Balkan. Klepe ni versi Bosnia. Adunan tepung nipis diisi dengan inti daging berempah/berperisa atau keju sebelum di kukus menjadi lembut. Klepe ini dihidang dengan Yogurt kebiasaannya atau sos bawang putih.
Harga: ±€4.00

7) Tufahija

Sebut tu-fa-hi-ya diperkenalkan oleh orang Turki semasa pemerintahan Uthmaniyyah. Sejenis manisan buah epal. Sebiji epal direbus sehingga mendidih di dalam air gula. Epal itu disumbat dengan kacang walnut. Ia dihidang dengan air gula atau whipped cream dalam gelas besar. Manisan yang amat manis ini selalunya diseimbangkan dengan kopi bosnia yang pahit tu.

8) Uštipci

Disebut , adalah donut sfera orang Bosnia. Walau Uštipci ini ada juga dinegara Balkan lain, setiapnya adalah unik dan berbeza. Donut ni kebiasaannya berintikan daging atau keju, kadang-kadang dibuat manis berinti jam atau madu. Makanan ini dijadikan kudapan petang orang Bosnia bersama teh dan kopi Bosnia.

9) Bosanki Lonac

Makanan tradisi yang authentic sejak beratus tahun. Masakan ini dimasak di dalam pot dengan kaedah lapisan. Sayur dan daging bergilir melapisi antara satu sama lain sehingga memenuhi pot tersebut, dan akhir sekali akan ditambah air untuk kuah. Bahan-bahannya dipotong saiz besar dan mengambil masa 4 jam sehingga selesai dimasak. Makanan ni kaya dengan rempah ratus bosnia. Sesuai untuk dicicah dengan Somun.

***

Haa terlalu menyelerakan pilihan makanan tradisi Bosnia kan? Walaupun Bosnia bukan negara Islam, tetapi 50% dari rakyatnya adalah Muslim, maka senang mencari makanan halal. Negara sebegini lah seronok travel bagi Muslim foodie, terutamanya penggemar daging! Daging sini semuanya organik dan segar.

senang mencari makanan halal dan murah

Bosnia Open Trip Itinerary, rujuk: 8D6N Bosnia Trip

 

Makanan disini dalam portion besar. Selalunya orang Malaysia makannya tidak sebanyak orang Bosnia. Kongsi hidangan terutamanya menu utama adalah cara terbaik untuk tidak senak perut akibat terlebih makan.

 

Harga makanan di Bosnia juga boleh tahan murah. Salad dan sup tu dalam anggaran 3 – 6 KM. Makanan berat macam nasi, daging etc. dalam 7 – 20 KM. 20 KM paling mahal tu, hidangan sah-sah meriah. Makanan boleh bayar dengan KM (wang Bosnia) atau Euro. Cara pengiraan cepat tukaran ke Euro, contoh harga ais krim 1 KM, maknanya 0.5€. Cuma bahagi dua.

 

Bagi yang teringin jalan-jalan mencuba makanan tradisi Bosnia bersama saya, boleh bertanya tentang trip: Hubungi Admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *