Travel Treasure

blog

3 PERSEDIAAN SEBELUM MEMASUKI IRAN

Dah seronok sampai ke kepala, beberapa hari lagi nak pusing Iran ni. Macamana dengan persediaan? Kami akan rungkaikan persediaan ringkas dan perlu untuk dilakukan sebelum hari penerbangan anda.

1. Tiket Penerbangan Return/Onward Ticket

\"\"

Pastikan tiket penerbangan return telah dibeli. Jika anda hanya memiliki one-way ticket outbound ke Iran, chances are anda berkemungkinan tidak akan dibenarkan untuk berlepas. Staf penerbangan akan meminta anda return ticket ataupun onward tiket atau any ticket bukti tarikh anda plan untuk keluar dari Iran, bagi mengesahkan tempoh keberadaan anda dinegara tersebut.

Pengesahan tempoh keberadaan

2. Insurans Travel

Agak sukar untuk mendapatkan insuran perjalanan ke Iran dari syarikat Travel Insurans yang biasa kita guna. Jalan paling mudah adalah membeli insuran perjalanan sekali semasa pembelian tiket penerbangan dibuat (jika Airlines tersebut ada menawarkan pakej insurans). Kebanyakan syarikat penerbangan ada menawarkan insurans perjalanan sewaktu pembelian tiket dibuat.

Beli insurans perjalanan sekali dengan pembelian tiket penerbangan

Alternatif lain yang lebih mudah? beli sahaja di Airport IKA bila tiba disana. Sebelum beratur di Imigresen, singgah sekejap di kaunter Insurans. Hanya 14 Euro sahaja seorang untuk 1-31 hari disana. Harga berbeza mengikut tempoh keberadaan. Jadual seperti dibawah:

Beli insurans di kaunter Imam Khomeini Airport

3. Tukaran Matawang USD

Yang paling penting perlu tahu adalah amat sukar untuk dapatkan Iranian Riyal di luar Iran, jalan terbaik adalah dengan membawa USD dan tukar sewaktu tiba di Imam Khomeini Airport (IKA). Tukar sikit sahaja dulu di Airport sebab rate di Airport agak tinggi. Nanti dah sampai bandar bersepah pengurup wang yang \’legal\’ untuk dapatkan tukaran dengan zero komisen!

Antara perkara lain yang korang perlu tahu adalah pertukaran maksima sesuatu transaksi adalah USD 100 dan hampir kesemua tempat tukaran matawang asing di Tehran ditutup pada hari Jumaat.

Kaunter pengurup wang tutup pada setiap hari Jumaat

\"\"

Selamat menjelajahi negara Parsi yang ohsem!

************************************************************************************************

7D6N IRAN PREMIUM TOUR (Basic route) – RM2,600/pax

8 – 16 Jun 2019 (Summer)
7 – 13 Jan 2020 (Winter)
11 – 17 Apr 2020 (Spring)

8D7N IRAN DESERT TOUR (New route) – RM2,800/pax

24 Oct – 1 Nov 2019 (Autumn)

Klik Whatsapp untuk contact Saya ya! See Ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *