Travel Treasure

blog

6 PERKARA KITA JANGKA BILA TRAVEL KE IRAN

Ramai tertanya-tanya OK ke Iran ni? Apa serba-serbi yang OK dan tak OK? Apa gambaran bila pergi ke sana? Baca ini kami rungkaikan sebaik mungkin untuk anda.

Nak ikut kami jelajah Iran?

1. AKSES INTERNET

Akses internet FREE terhad. Masa ni la masa kita detox diri dari toksik digital. Internet amatlah lembab 🐌, semua social media (kecuali Instagram) diblok. Certain hotel memang ada provide free WIFI tapi limited quota yang dikongsi beramai-ramai. Ada yang connection ok, ada yang slow kadang-kadang up to certain time. Macamana nak atasi? beli simcard lokal dan topup internet data (mur mur juga data offering diorang) & untuk akses banned apps, boleh guna VPN.

untuk akses banned apps, boleh guna VPN.

2. MATAWANG

Iran ada 2 nama matawang. Dua nama je, tapi masih matawang yang sama. Pelik tapi benar. Rare sangat. Matawang official adalah ‘rial’. Tapi matawang yang selalu disebut adalah ‘Toman’. Toman basically 1/10 daripada harga rial. Kebanyakan menu tertulis dalam Toman, komunikasi orang tempatan dalam Toman. Jadi kena ingat Toman adalah 1/10 daripada unit rial.

Toman adalah 1/10 daripada unit rial

Contoh harga makanan anda ditulis 37,000 Toman di menu, maknanya anda hulur la wang rial 370,000. Tambah 0 je kat belakang. Faham tak faham ni? Tak pelik kalau sampai habis trip pun dia masih confuse lagi dengan matawang Iran. Memang ada kes dah dengan salah seorang travel member kami. 😂

3. PERAMAH

Disapa lokal yang begitu peramah. Terutama yang muda mudi boleh berbahasa inggeris sedikit. Mereka bersemangat nak tunjuk betapa apa yang media barat tunjukkan pada dunia adalah berat sebelah semata. Mereka agak berani jugalah tampil untuk mulakan perbualan sambil muka senyum excited semacam. Terasa selebriti sekejap!

Mereka suka ajak bergambar! Kalau jumpa budak-budak yang reti berbahasa Inggeris, mereka akan ajak bergambar & bertukar instagram account.

4. PAKAIAN

Perempuan yang alim disana akan memakai Chadur apabila keluar rumah. Chadur sejenis kain ela hitam labuh terus sampai ke buku lali. Tidak berjahit apa-apa. Jadi selalunya wanita2 ni pegang kainnya supaya kain tidak terbelah. Manakala, wanita yang biasa-biasa mereka memakai pakaian moden warna warni dan fit serta memakai tudung menampakkan jambul didepan.

Chadur juga wajib dipakai ketika memasuki kawasan masjid mereka. Pengungjung harus pergi ke bilik persalinan terletak di tepi pagar masuk dan menyarung Chadur yang disediakan.

Ya betul. Iran memang ada dress code yang strict. Setiap wanita yg masuk border Iran wajib berhijab walaupun tidak ditutup rambut sepenuhnya, tidak kiralah bagi yang bukan Islam. Masuk sahaja sempadan Iran, pramugari akan pesan pada penumpang untuk pakai tudung dan pakaian juga tidak boleh menjolok mata dan mestilah sopan seperti seluar tidak sendat, baju yang labuh menutupi pinggul (\”Manto\”). Mematuhi cara pemakaian sopan adalah diwajibkan.

wanita yg masuk border Iran wajib berhijab

\"\"

5. MAKANAN

Mudah dapatkan makanan halal disana. Nama pun negara islam kan, (regardless mereka shiah) sudah tentu makanan halal semuanya. Harga dalam range tahun 2018 around RM15-30 satu hidangan. Tapi sebab sekarang ekonomi mereka jatuh teruk, harga boleh dapat sekitar RM5 – 20. Bermula dengan fast food paling murah. Makanan Restoran agak mahal sedikit tetapi portion hidangan besar. Jadi untuk orang Asia boleh kongsi berdua atau bertiga. Jangan risau, amat mengenyangkan. Best tentang makanan Iran ni, makanan mereka sedap-sedap. Cukup rasa.

\"\"

Pinggan sebesar atas ni, dah boleh makan 2 orang. campur nasi briyani sedap dorang baru RM2. Memang murah makanan disana.

***

Yang nak ke Iran bersama kami, boleh join Tarikh Open Trip sedia ada:-

7D6N IRAN PREMIUM TOUR (Basic route) – RM2,600/pax

8 – 16 Jun 2019 (Summer)
7 – 13 Jan 2020 (Winter)
11 – 17 Apr 2020 (Spring)

8D7N IRAN DESERT TOUR (New route) – RM2,800/pax

24 Oct – 1 Nov 2019 (Autumn)

Klik Whatsapp untuk contact Saya ya! See Ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *