Untuk yang mengikuti Open Trip dan Private Trip anjuran Travel Treasure, anda dikehendaki membuat pembelian secara online mengikut panduan yang kami berikan.

 

Bagi peserta Open Trip, kami akan memberikan maklumat jadual penerbangan, jenis airlines dan masa penerbangan yang paling terbaik.

 

 

Sekiranya peserta ingin memilih penerbangan selain yang disyorkan, ia DIBENARKAN, cuma perlu maklumkan pada kami sebelum buat pembelian untuk semakan agar tidak bercanggah dengan waktu perjalanan trip.

 

 

Peserta bebas untuk membeli tiket pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan. Harga tiket akan berbeza mengikut pasaran. Masa yang paling sesuai untuk beli tiket iaitu pada 4-3 bulan sebelum trip. Pembelian last minute tidak menjanjikan seat availibility dan harga juga boleh mencecah double or worse triple.

ONLINE TICKET AGENT VS OFFICIAL AIRLINES WEBSITE

Setelah menerima maklumat jadual penerbangan yang disyorkan, peserta boleh ke pilih untuk beli (1) direct from website airlines ATAU (2) beli from Online Ticket Agents (OTA) yang sah.

 

Antara OTA yang kami syorkan; Trip.Com, Expedia, Agoda, GoToGate

Untuk pembelian direct from airlines official website; Emirates, Qatar, Malaysia Airlines, Etihad, KLM, British Airways, Cathay Pacific, Air France, Thai Airways, Korean Air, Saudia, AirAsia etc.

 

Anda dinasihatkan untuk membuat perbandingan harga terlebih dahulu antara harga OTA dan harga airlines official website untuk penjimatan. Kadang-kadang OTA ada memberikan promosi lumayan pada waktu tertentu.

PERBANDINGAN HARGA TIKET

Tips: untuk perbandingan secara general untuk kesemua airlines, boleh guna Google Flight atau Skyscanner

 

Google Flight

Cara menggunakan Google Flight:

Step 1: Pergi ke website Google Flight

Step 2: Masukkan code airport berlepas dan mendarat

Step 3: Masukkan tarikh departure dan tarikh return (untuk jenis return flight)

Walla! Google akan shortlisted kan the Best departing flight untuk anda. The best flight biasanya short duration, short transit dan cheaper price.

Steps yang sama applies to pencarian di Skyscanner.

Nota:

 

Jenis penerbangan ada 3:-

 

Return: membeli tiket pergi DAN balik sekaligus

 

One way: membeli tiket satu hala sahaja (samada pergi ATAU balik)

 

Multi-city: membeli tiket penerbangan pergi dan balik di berlainan Airport. Contohnya, trip anda akan bermula di Athens dan tamat di Rome.

CARA MEMBUAT TEMPAHAN

Setelah anda telah membuat keputusan pilihan flight anda, boleh terus membuat tempahan online. 

 

CARA MENGISI BUTIRAN PERIBADI

Anda dikehendaki berhati-hati dibahagian ini. Wajib untuk isi butiran diri mengikut detail passport anda dengan betul dan cermat. Sebarang kesalahan akan menyukarkan anda untuk membuat pembetulan dengan OTA dan airlines customer service.

NAMA PENUMPANG

Ramai yang selalu tertanya, perlukah kita meletakkan ‘BIN’ atau ‘BINTI’ di ruangan nama penumpang? Dan jikalau perlu, di ruangan mana kita perlu tuliskan ia. Jawapan nya adalah : BERGANTUNG PADA MAKLUMAT PASSPORT.

 

 

Jika nama di passport anda ada “Bin” atau “Binti”, maka WAJIB diisi.

 

 

Bagi bahagian nama, LAST NAME/ SURNAME adalah merujuk kepada Nama Bapa kita. FIRST & MIDDLE NAME adalah merujuk kepada nama kita mengikut Passport. Dan perkataan BIN atau BINTI perlu diletakkan di ruangan FIRST & MIDDLE NAME. 

 

 

Nama di tiket penerbangan yang tidak exactly sama seperti nama di passport akan mengalami masalah pengesahan di Immigration. Setiap nama dalam passport perlu dipaparkan pada nama tiket penerbangan. Kesalahan pada butiran nama dan tarikh lahir TIDAK BOLEH dibetulkan di bahagian “manage booking” seperti butiran lain.

JANTINA, KEWARGANEGARAAN, TARIKH LAHIR, JENIS DOKUMENT DAN NOMBOR PASSPORT

Ada website yang memerlukan butiran ini, ada yang tidak memerlukan anda mengisi butiran ini semasa membuat tempahan . Anda diminta Isi butiran mengikut apa yang diminta website semasa membuat tempahan. 

 

Kebiasaanya, butiran lanjut seperti “jenis dokumen” dan “nombor passport” boleh diupdate sehingga waktu melakukan proses online check-in 48 jam sebelum depature.

 

Jika anda belum renew passport, jangan risau.. anda masih boleh terus buat tempahan. Setelah renew passport, anda hanya perlu update nombor passport baru di website airlines dibahagian “manage booking”. 

 

Reminder: pastikan passport anda masih valid dan mempunyai baki 6 bulan sebelum tarikh luput passport tersebut

CONTACT DETAILS

Kemudian, setelah semua butiran dimasukkan, anda perlu masukkan alamat email dan contact number anda bagi tujuan komunikasi. Tiket confirmation dan perubahan flight info akan dihantar ke contact details anda.

 

Setelah pembayaran dibuat, pihak OTA/ Airlines akan menghantar salinan booking penerbangan atau e-ticket terus ke email anda.  

MEMBUAT PEMBAYARAN

Anda boleh membuat pembayaran dengan menggunakan Credit Card/ Debit Card atau Online Banking.

 

Kelebihan pembelian melalui Credit Card membolehkan anda grab harga tiket murah terus jika anda belum mempunya fund untuk beli tiket. Selain itu, anda dapat collect credit card points yang boleh anda convert ke air miles untuk redeem discount untuk pembelian tiket anda seterusnya.

 

Tips: untuk mendapatkan lebih penjimatan, gunakan manfaat Shopback Cashback anda. Jika belum ada akaun dengan Shopback Cashback, boleh rujuk post ini untuk buka akaun terlebih dahulu.

MEMBUAT SEMAKAN

Anda perlu membuat semakan tiket anda di official website airlines, tanpa mengira jika pembelian anda dibuat melalui OTA. Rekod tempahan anda patut ada di Official website airlines.

 

Pergi ke “Manage” atau “My Trip”. Terma yang digunakan bergantung pada website masing-masing.

 

Ini adalah contoh “Manage” booking di website Malaysia Airlines.

PEMBELIAN SERVIS TAMBAHAN

Pembelian servis tambahan yang ditawarkan boleh dibeli kemudian under manage booking. Contoh servis tambahan seperti pembelian additional check-in luggage, seat selection, lounge service, travel insurance etc. tidak WAJIB dibuat semasa tempahan seat. Elok grab harga seat terlebih dahulu, kerana ia lebih utama. 

TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN TIKET

Baca dan fahami terma dan syarat sebelum pembelian. Jika anda membeli tiket dari OTA maka secara automatik tiket anda anda dikawal selia oleh OTA. Sebarang pertukaran tarikh atau pembatalan tiket perlu dibuat melalui OTA. Pihak airlines tidak mempunyai kuasa untuk membuat perubahan terhadap tiket anda.

 

Tetapi jika anda membuat pembelian direct dari official airlines website, anda perlu berhubung terus dengan customer service airlines tersebut.

TRAVEL INSURANCE

Pembelian dari OTA adalah dibawah risiko anda sendiri. Untuk mengelakkan sebarang kerugian, anda dinasihatkan untuk membeli servis perlindungan tambahan yang ditawarkan oleh pihak OTA untuk memudahkan anda jika berlaku perkara yang tidak kita jangka. 

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan pihak Admin Travel Treasure. Semoga panduan ini dapat membantu anda membuat pembelian tiket penerbangan online dengan lancar.