Travel Treasure

blog

TIPS UNTUK STRESS-FREE EUROPE VACATION

Travel makes you realize that no matter how much you know, there’s always more to learn.

Eropah ialah destinasi pelancongan yang popular, terkenal dengan sejarah, budaya yang pelbagai dan landskap yang menakjubkan. Tetapi dengan begitu banyak negara dan bandar untuk dikunjungi, merancang perjalanan ke Eropah boleh menjadi sangat overwhelming dan tak tahu macam mana nak mula. Untuk menjadikan percutian Eropah korang  stress-free yang mungkin, ada beberapa tips yang kami nak share dalam post kali ni.

1. Pilih Masa Yang Sesuai

Setiap bulan di musim panas (Jun hingga Ogos) adalah masa paling popular untuk melawat Eropah, tetapi ia juga boleh menjadi yang paling sibuk dan paling mahal. Pertimbangkan untuk melawat pada musim yang  agak low peak (April hingga Mei atau September hingga Oktober) untuk cuaca yang baik dan pelancong yang lebih sikit.

2. Rancang Jadual Perjalanan Dengan Teliti

Eropah adalah home kepada banyak bandar dan tarikan yang luar biasa. Tapi, korang janganlah pulak masukkan semua bandar ni dan cuba nak expect habiskan semua dalam masa yang sekejap. Jangan buat jadual yang pack sangat. Utamakan tempat yang korang ingin lawati dan rancang jadual perjalanan dengan sewajarnya. Jangan lupa tinggalkan sedikit masa untuk berehat dan bersantai.

3. Tempah Penginapan Lebih Awal

Destinasi pelancongan popular di Eropah memang sangat disukai oleh ramai orang, jadi pastikan anda menempah penginapan anda lebih awal. Selalunya cepat je tempat yang kita nak tu fully book. Kami sarankan korang cari la tempat penginapan yang  sesuai, kalau solo, boleh tidur di hostel dan kalau ramai pulak boleh consider Airbnb dan sewa satu unit tu terus.

4. Multi-country Rail Pass

Kalau korang plan untuk melawat beberapa negara di Eropah, pertimbangkan untuk beli pas multi-county rail pass. Ini akan menjimatkan wang untuk pengangkutan dan bagi fleksibiliti untuk korang explore satu-satu tempat mengikut masa yang korang selesa.

5. Berhati-hati Dengan Perbezaan Budaya

Dekat Eropah ni memang ada banyak budaya yang berbeza, jadi adalah penting untuk menghormati adat dan tradisi tempatan. Buat kajian tentang budaya dan adat tempat yang korang rancang untuk visit, dan pastikan korang behave ye.

Dengan mengikuti tips kami yang tak seberapa ni, hopefully korang akan dapat stree-free vacation ke Europe nanti dan hopefully seronok lebih banyak daripada stress. Happy travel korang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *