“If we were meant to stay in one place, we’d have roots instead of feet.”
Perasan tak kebanyakkan dari kita di Semenanjung Malaysia lebih suka ke Sabah? Sabah memang ada banyak tempat yang cantik, macam tu jugak dengan Sarawak. Sarawak, membentuk negeri terbesar Malaysia di Borneo, memberikan experience yang tak boleh dilupakan untuk sesiapa yang adventurous. Kali ni kami nak share kenapa korang patut masukkan Sarawak di dalam bucket list korang.
1. Makanan Sarawak
Ini sebab utama untuk visit Sarawak: MAKANAN. Pengunjung akan dapat menjamu pelbagai juadah Iban dan Laksa Sarawak yang sedap-sedap. Makanan di Sarawak juga antara yang termurah di Malaysia tau.
2. Masyarakat Iban
Masyarakat asli Iban membentuk demografi terbesar di Sarawak, iaitu 29% daripada populasi. Bukan sahaja satu-satunya negeri di Malaysia ini dengan majoriti bukan Islam atau bukan Cina, tetapi mereka pernah mempunyai reputasi yang menakutkan untuk memburu kepala. Lelaki Iban muda yang belum berkahwin perlu memenggal kepala musuh untuk mendapatkan hak untuk berkahwin.
3. Gua Yang Memukau
Kalau korang tanya penduduk tempatan untuk sebab kenapa kena visit Sarwak, diorang akan proudly cakap; “Sarawak ada gua-gua yang sangat memukau dan cantik”. Daripada ruang semula jadi terbesar di dunia (Sarawak Chamber) dan sistem gua yang disenaraikan oleh UNESCO, hingga penemuan mayat manusia berusia 40,000 tahun, gua Sarawak jarang mengecewakan.
4. Taman Negara
Satu lagi sebab untuk melawat Sarawak adalah untuk merasai keindahan dan biodiversiti. Dengan beberapa taman negara, kawasan perlindungan dan tempat perlindungan, bahagian Borneo Malaysia ini menarik pelancong yang sukakan adventure dan landskap yang menghijau.
5. The Rainforest World Music Festival
Salah satu festival muzik paling berpengaruh di Malaysia berlangsung setiap tahun di Sarawak berhampiran ibu negeri Kuching. Bermula pada tahun 1997, acara tiga hari berlatarbelakangkan Gunung Santubong menarik pemuzik tempatan dan antarabangsa untuk mencipta gabungan muzik dan budaya yang unik. Korang boleh dengar instumen tradisional memainkan melodi yang sangat asyik. Bengkel, kuliah dan sesi jamming mengisi waktu siang dengan konsert live pada waktu malam. Happening lah!
6. Pengalaman Yang Unik
Sarawak ni sangat berbeza dengan negeri-negeri Malaysia yang lain. Ia adalah bahagian terbesar dan satu-satunya Malaysia dengan majoriti Kristian dan agak sedikit pelancong melawat. Sesiapa yang mencari pengalaman budaya dan peluang untuk pergi jauh dari tempat ramai pelancong akan appreciate Sarawak.
Sarawak memang sesuai untuk pengembaraan exploring the unexplored, seeing the unseen dan melangkah ke dunia yang lain, yang tak semua berpeluang tengok dengan mata sendiri. Ditambah pulak dengan suku kaum asli dan hidupan liar, perjalanan ke Sarawak menjamin pengembaraan bertaraf dunia.


